Tangga 9 April 2011 jam 11:11 malam dii Klinikk ntan, maka lahirlah cahaya mata kedua kami lebih kurang 2.24Kg beratnya. Hadir bersama tokma dan tok aboh mendengar tangisan manusia baru di dunia fana ini. 17 April 2011 maka putera ni termaktublah nama nya di dalam surat beranak Ahmad Izz Haziq (kemulian , kekuatan yang cerdik dan pintar). Semoga dia menjadi pewaris agama yang terbilang..aminn..
About Me
Sunday, May 22, 2011
Saturday, March 26, 2011
Sunday, January 16, 2011
Bila baru mengenal dunia...
Dunia sememangnya indah, itulah di mata kita orang dewasa. Tetapi apakah yang difikirkan oleh si celik yang baru hendak mengenal apa itu dunia. Semuanya nampak pelik dan menarik baginya. Begitu juga dengan anak kami Nur Adlina Nabihah, yang baru hendak mengenal keajaiban alam ciptaan Allah taala. Kita cuma boleh mengagak apa yang dilihat dan hanya tuan empunya diri yang mengetahui apa yang dihayati dan difikirkan.
Begitu gembira melihat gelagat si kecil bila mana di bawa mengenal dunia. Melayan karenah nabihah bagaikan menghilangkan segala penat di tempat kerja. Usia baru untuk mengenal kehidupan di bumi betuah ini. Usia untuk belajar kehidupan yang menceroba di masa depan. Rumusannya usia dimana untuk belajar. Harapan akan jadilah muslimat sejati yang menurut perintah Allah dan taat kedua ibubapa. Alhamdulillah tiada kesulitan dalam membesarkan anak sulong kami ini. Semua perkara mesti ditunjukkan jalan penyelesaian, kalu tidak cepat lambat sedikit sahaja.
Banyak pencapaian yang dilihat dalam masa pembelajaran nabihah, dari dalam rumah sehinggalah ke luar rumah. Sudah pandai minta sesuatau jika mahukannya, makan sendiri, minum sendiri, suka main air dalam bilik air (besen), hendak bermain di taman permainan ketika hujung minggu, mandi di pantai, ambil baju sendiri, tolong umi memasak, lap meja lepas makan, dan banyak lagilah. Tetapi yang musykilnya, anak kami ni tidak berapa suka main alat permainan. Nabihah lebih suka main dengan alatan rumah, macam penyapu, lesung, komputer, remote dan sebagainya. Jika dibeli mainan yang baru cuma sekejap sahaja di pegang, lepas tu di biarkan.
Banyak jika hendak diceritakan, tetapi cukuplah setakat itu untuk kali ini. Semua pun tahukan bagaimana gelagat sikecil semasa meningkat usia. Mencuit hati, geram, kasian dan pelbagai perasaan lagi kita asa bila melayan karenah si kecil. Sekian Terima kasih
Friday, December 24, 2010
Takdir 2010
Sudah ditakdirkan Allah yang Maha Kuasa, yang hidup pasti akan menemui mati. Tetapi entah bila, dimana, kenapa dan bagaimana kita sendiri tidak ketahui. "Dari kami ia datang, kepada kamilah ia kana kembali"(innalillahi waina ilahi rojiun) begitulah lumrah kehidupan kita sebagai makhluk di muka bumi ini. Kesediahan yang menimpa aboh memang tidak dapat dinafikan. Walaupun mulutnya tidak menyatakan sebegitu tetapi riak tari wajah dan pergerakkan nya cukup membuatkan aku memahami betapa sedih hatinya. Pertama, ibunya meninggal dunia akibat sakit tua dan tidak sampai sebulan kemudian ayahnya pula kembali ke rahmatullah juga akibat sakit tua. Hati siapa yang tidak di rundum kesayuan apabila kedua ibubapa hilang disisi dalam waktu yang singkat. Kini adiknya pula pergi meninggalkan dia tidak kembali akibat kemalangan jalan raya. Dalam setahun, tiga kematian keluarga terdekat yang mana akan membuatkan hati sekeras batu pun akan lembut menangis kesedihan. Tetapi aboh ku tabah dengan keredhaan ilahi, tidak menitiskan air mata di kalayak ramai walaupun hatinya sedih, pilu dan hiba cuma terpancar di wajahnya yang sugul. Aku berharap Allah kuatkan semangat Aboh dalam menhadapi dugaan mendatang dan tempatkan roh-roh ayoh(tokki) , mok(nenek) dan moksu di tempat yang dirahmati dan di kalangan orang-orang yang beriman.
Alfatihah ku pohon dari semua untuk ketiga-tiga roh agar aman sejahtera......
Alfatihah ku pohon dari semua untuk ketiga-tiga roh agar aman sejahtera......
Saturday, November 20, 2010
Relah di tengah hujan
Meningkatnya usia seorang anak, maka bertambah juga tingkahlakunya. Begitu juga dengan Nur Adlina Nabiha, puteri sulong kami ini. Pengalama pertama bermain di taman permain kanak-kanak tidak dilupakan apabila sering mangajak kami untuk bermain di taman permianan kanak-kanak lagi. Walaupun di usia satu tahun setengah, Adlina tidak boleh bercakap lagi, tetapi telatah dan kenginannya dapat dibaca apabila sering 'mengamuk' bila ternampak taman tersebut terutamanya bila menaiki kereta. Bagi tidak menghampakan harapan puteri kami, hari ini kami membawanya bermain di taman permainan kanak-kanak berhampiran masjid terapung di Kuala Ibai. Walaupun awan menunjukkan kemendungan, tetapi ku tetap pergi juga untuk membolehkan adlina nabihah bermain walaupun sekejap.
Kami sanpai lebih kurang pukul 5.40 petang dan terdapat ramai kanak-kanak serta ibubapa yag sedang beramain di situ. Terpampang penuh keceriaan yang di wajah anak kami ini tatkala kami sampai di taman tersebut. Botol dan keropok lekor di tangan terus di buang untuk bermain di taman tersebut. Tetapi masa bermain tidak lama kerana awan gelap tadi telah mencurahkan hujan. Kami berteduh di bawah pondok berhampiran sambil menikmati keropok lekor yang dibeli tadi.
Kami ingatkan hujan sekejap sahaja, tetapi berlarutan sampai ke petang. Hajat kami untum bermaian brsama nabihah di taman permainan tersebut tidak dapat diteruskan lagi kerana hujan tidak berhenti-henti. Ramai juga pengunjung yang ada di sana, termasuk ada dua pasangan pengatin yang membuat 'out door album' bagi mengabadikan kenagan perkahwinan mereka dengan pakaian pengantin. Kebanyakan mereka bertduh di pondok-pondok berhampiran sambil makan-makan dan ada juga sambil berbual menunggu hujan reda. Ada juga yang terus pulang ke rumah masing-masing. Kami juga turut pulang lebih kurang jam 6.35 petang.
Sunday, November 14, 2010
Jamuan Akhir Tahun 4
Setiu, seramai 35 orang murid termasuk 25 orang guru dan beberapa orang kaki tangan telah berkumpul di kelas tahun 4 , SK Batu 29 untuk menjayakan jamuan akhir tahun pada 7 November 2010. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam penyediaan makanan dan persiapan tempat bagi melancarkan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu jemputan dimana terdiri daripada Tuan Guru Besar SK Batu 29, En. Abdullah Bin Awang, GPK 1 En. Che Wan Ralisyardy Bin Che Wan Semiun, GPK HEM En. Mohamad Bin Muda, GPK KO Ust Pauzi Bin Mat Zin serta semua guru-guru SK Batu 29. Ust. Badrul Hisham Bin Hamat dengan berbesar hati telah memcakan doa selamat seterusnya doa makan.
para jemputan berkumpul bagi memulakan majlis Tuan Guru Besar (tengah) sedang menjamu selera
Terima kasih diucapkan kepada semua yang 'sponsor' kan makanan untuk jamuan tersebut seperti koktail diRaja, Tapai pulut, spegeti dan banyak lagi. Di samping makanan ter tersebut terdapat juga makanan yang d tempah hasil kutipan wang daripada para pelajar, sepeti nasi ayam, air minuman, makanan ringan dan dua biji kek yang di tempah khas sebagai penyeri majlis tersebut. Berbanyak terima kasih di ucapkan kepada Cikgu Rahimah Ismail diatas kerja keras beliau bagi menjayakan majlis akhir tahun ini. Tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru dan para jemputan yang hadir bagi menghabiskan makanan yang telah di sediakan. Diharap segala kekurangan dapatlah dimaafkan dan kediran semua jemputan di ucapkan ribuan terima kasih..
Para pelajar yang di raikan dalam majlis akhir tahun 4
Kek penyeri majlis akhir tahun
Saturday, November 13, 2010
Pendrive
Setiu : Seramai lebih kurang 1,651 orang guru di daerah setiu menerima pendrive 8GB daripada Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Seri Ahmad Bin Said di SMK Lembah Bidong, Setiu Terengganu. Majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengarah JPNT yang baru YB En. Sazali Bin daud, yang mana dalam ucapannya menyarankan agar pencapaian UPSR yang baru diumum kan dapat dipertingkatkan lagi. Walaupon Terengganu sekali lagi meraih tempat pertama dalam pencapaian UPSR 2010 yang mana menjadi ia kali ke-10 berturut-turut, tetapi ia masih lagi belom mencapai target JPNT.
Kemuadian dalam ucapan YB Menteri Besar Terengganu pula, banyak memberitahu berkenaan dengan rancangan-rancangan kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat di Terengganu. Projek kawasan bebas cukai di Tasik kenyir, kawasan tekstile di Chukai, Kemaman dan banyak lagi pruntukan kerajaan negeri dalam memajukan negeri Terengganu. Majlis di sudahi dengan pembahagian pendarive oleh YB Menteri Besar sendiri dimana setiap guru yang hadir naik ke pentas sendiri bagi berjumpa dan bersalaman dengan beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)