About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Sunday, January 16, 2011

Bila baru mengenal dunia...

Dunia sememangnya indah, itulah di mata kita orang dewasa. Tetapi apakah yang difikirkan oleh si celik yang baru hendak mengenal apa itu dunia. Semuanya nampak pelik dan menarik baginya. Begitu juga dengan anak kami Nur Adlina Nabihah, yang baru hendak mengenal keajaiban alam ciptaan Allah taala. Kita cuma boleh mengagak apa yang dilihat dan hanya tuan empunya diri yang mengetahui apa yang dihayati dan difikirkan.



Begitu gembira melihat gelagat si kecil bila mana di bawa mengenal dunia. Melayan karenah nabihah bagaikan menghilangkan segala penat di tempat kerja. Usia baru untuk mengenal kehidupan di bumi betuah ini. Usia untuk belajar kehidupan yang menceroba di masa depan. Rumusannya usia dimana untuk belajar. Harapan akan jadilah muslimat sejati yang menurut perintah Allah dan taat kedua ibubapa. Alhamdulillah tiada kesulitan dalam membesarkan anak sulong kami ini. Semua perkara mesti ditunjukkan jalan penyelesaian, kalu tidak cepat lambat sedikit sahaja.



Banyak pencapaian yang dilihat dalam masa pembelajaran nabihah, dari dalam rumah sehinggalah ke luar rumah. Sudah pandai minta sesuatau jika mahukannya, makan sendiri, minum sendiri, suka main air dalam bilik air (besen), hendak bermain di taman permainan ketika hujung minggu, mandi di pantai, ambil baju sendiri, tolong umi memasak, lap meja lepas makan, dan banyak lagilah. Tetapi yang musykilnya, anak kami ni tidak berapa suka main alat permainan. Nabihah lebih suka main dengan alatan rumah, macam penyapu, lesung, komputer, remote dan sebagainya. Jika dibeli mainan yang baru cuma sekejap sahaja di pegang, lepas tu di biarkan.


Banyak jika hendak diceritakan, tetapi cukuplah setakat itu untuk kali ini. Semua pun tahukan bagaimana gelagat sikecil semasa meningkat usia. Mencuit hati, geram, kasian dan pelbagai perasaan lagi kita asa bila melayan karenah si kecil. Sekian Terima kasih

No comments: