About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Friday, April 24, 2009

Menteri Pelajaran


Sekalung tahniah diucapkan kepada Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN diatas perlantikan menjadi Menteri Pelajaran yang baru. Tahniah juga atas pelantikan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Pertama Kali

Pertama kali……

Tanggal 5hb Jan 2009 merupakan detik bersejarah kepada diriku dan isteriku kerana pada hari ini aku meninggalkan isteriku di kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik (GURU). Perjalanan aku mulakan dari rumah mertua aku di Bukit Payung dengan menaiki kereta KELISA ku. Sampai di Paka aku mengambil kawan semaktab dengan ku dan kami pun meneruskan perjalanan kami ke KL untuk menaiki kapal terbang ke SARAWAK. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami sampai di K.Lumpur dan kami terus ke Putrajaya untuk sedikit urusan dan kami singgah sekejap di Alamanda Mall untuk mengalas perut. Pertama kali juga bagi aku merasakan Berger Kings. Itupun kerana kawan yang ajak. Kemudian kami bermalam di rumah abang aku di Puncak Alam kerana flight kamu di jadualkan pada ke esokkan harinya 6hb Jan 2009 pukul 2.30ptg. Aku minta tolong abang aku hantar kan dan aku tinggalkan kereta aku di rumahnya. Kami tiba di KLIA lebih kurang jam 11 pagi, itulah pertama kali aku melihat dan menjejakkan kaki aku di KLIA, lapangan terbang kebanggaan Malaysia.


Lapangan Terbang KLIA

kapal terbang A380,(kapal terbang pertama aku naiki)

Setelah beberapa jam menunggu, berita yang tidak mengembirakan sampai kerana sepatutnya flight kami adalah pukul 12.30 tghari tadi tetapi pihak MAS tidak memaklumkan kepada pihak KPM untuk dimaklumkan kepada kami. Jadi kami seramai 20 orang semuanya telah terkandasdan dijadualkan terbang semula pada keesokkan harinya pukul 8.30 pagi. Jadi kami ditempatkan di sebuah hotel berdekatan dengan tanggungan KPM. Pagi esoknya selepas subuh kami terus ke KLIA dengan menaiki bas lapangan pelancong untuk check in. Kali ini kai berjaya meloloskan diri ke pintu check in dan terus ke perut kapal terbang. Itulah pegalaman pertama aku menaiki kapal terbang, berdebar jugak rasanya bila ia mula berlepas dari lapangan terbang KLIA. Kami tiba di lapangan terbang Sibu lebih kurang pukul 11 pagi kalu tidak salah ingat aku. Proses imegresen memakan masa agak lama kerana ramai penumpang, kemudian kami di bawa ke Kingwood Hotel dengan bas yang di tempah khas oleh PPDG Kapit di Sibu. Perjalan ke Hotel memakan masa lebih kurang sejam perjalan dari airport. Sampai di hotel tersebut kami di arahkan untuk makan tengahari kerana kesemua guru-guru baru yang telah lama sampai termasuk kami akan menaiki bot express ke PPD masing-masing. Di situlah kami diberi surat penempatan sekolah masing-masing. “P3” itulah title sekolah yang aku dapat SK NANGA JANAN, dalam daerah song. Dalam pukul 2 lebih kami pun menaiki express dalam hujan yang agak lebat menuju ke pekan Song dan Kapit. Perjalanan ke Song memakan masa lebih kurang 2 jam lebih kerana bot ekspres yang dibawa lebih muatan dan berjalan perlahan. Aku sampai di Song lebih kurang pukul 4 petang dan belum pun sempat aku menjejakkan kaki ke jeti kami telah dipanggil oleh GB dan PK 1 SK NANGA JANAN untuk menaiki perahu panjang masuk ke sekolah kerana mereka telah lama menunggu setelah memberikan taklimat kepada yang telah sampai awal. Pening kepala aku lega sedikit, setelah kena kedinginan angin sepoi-sepoi bercampur hujan renyai-renyai menaiki perahu tersebut. Kami seramai 7 orang guru baru (semuanya lelaki) menaiki 3 buah perahu. Di pertengahan perjalanan kami singgah di sekolah NANGA NANSANG sekejap untuk menunggu sebuah lagi perahu (PK1) yang agak ketinggalan dibelakang kerana hari sudah gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 ptg. Setelah berehat sebentar di situ, sempat lagi minum air milo panas untuk menghangatkan badan yang kesejukan berada di hutan yang hujan. Perjalanan diteruskan dan hamper pukul 7 ptg kami pun samapi di sekolah Nanga Janan. Itulah pengalaman PERTAMA aku sampai sekolah di SARAWAK dalam masa lebih kurang 24 jam dari KLIA. Kalu orang perasan terlalu banyak perkara “PERTAMA KALI” yang terjadi dalam hidup aku dalam menjadi pndidik ini. Pengalaman yang tidak akan aku lupakan dan pengalaman yang meletihkan.

Bersambung………………

Bot Ekspress yang beroperasi si sungai rejang dari sibu-song-kapit

waff atau jeti pekan Song 2 jam perjalan dari sibu,

Perahu panjang yang menjadi pengangkutan utama kami masuk ke sekolah

(ni gamabar Bot yang mengambil kami di waff Song pada pertama kali datang ke sini)


SEKOLAH NANGA JANAN