About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Sunday, May 22, 2011

Putera Kami

Tangga 9 April 2011 jam 11:11 malam dii Klinikk ntan, maka lahirlah cahaya mata kedua kami lebih kurang 2.24Kg beratnya. Hadir bersama tokma dan tok aboh mendengar tangisan manusia baru di dunia fana ini. 17 April 2011 maka putera ni termaktublah nama nya di dalam surat beranak Ahmad Izz Haziq (kemulian , kekuatan yang cerdik dan pintar). Semoga dia menjadi pewaris agama yang terbilang..aminn..



Saturday, March 26, 2011

Tak ade apa yang nak di ceritakan,sudah lama ti menulis blog ini. Cuma hendak berkongsi telatah dan gelagat si kecil yang dapat di paparkan lensa camera amatur kami.. Semoga dapat komen dari semua...




Di masjid semasa perkahwinan suhaini abidin


Kenduri Sedara umi



Di taman tamadun islam


Buat kira-kira untuk aboh..


Ambik nak..

Jom bace buku.


Nak masak jemput bawang nie..


possing..

mana nabihah ehhh..


comel tak saya..

nak gi jalan nie


possing sebelum solat

makan aiskrim

malunye dieee

Sunday, January 16, 2011

Bila baru mengenal dunia...

Dunia sememangnya indah, itulah di mata kita orang dewasa. Tetapi apakah yang difikirkan oleh si celik yang baru hendak mengenal apa itu dunia. Semuanya nampak pelik dan menarik baginya. Begitu juga dengan anak kami Nur Adlina Nabihah, yang baru hendak mengenal keajaiban alam ciptaan Allah taala. Kita cuma boleh mengagak apa yang dilihat dan hanya tuan empunya diri yang mengetahui apa yang dihayati dan difikirkan.



Begitu gembira melihat gelagat si kecil bila mana di bawa mengenal dunia. Melayan karenah nabihah bagaikan menghilangkan segala penat di tempat kerja. Usia baru untuk mengenal kehidupan di bumi betuah ini. Usia untuk belajar kehidupan yang menceroba di masa depan. Rumusannya usia dimana untuk belajar. Harapan akan jadilah muslimat sejati yang menurut perintah Allah dan taat kedua ibubapa. Alhamdulillah tiada kesulitan dalam membesarkan anak sulong kami ini. Semua perkara mesti ditunjukkan jalan penyelesaian, kalu tidak cepat lambat sedikit sahaja.



Banyak pencapaian yang dilihat dalam masa pembelajaran nabihah, dari dalam rumah sehinggalah ke luar rumah. Sudah pandai minta sesuatau jika mahukannya, makan sendiri, minum sendiri, suka main air dalam bilik air (besen), hendak bermain di taman permainan ketika hujung minggu, mandi di pantai, ambil baju sendiri, tolong umi memasak, lap meja lepas makan, dan banyak lagilah. Tetapi yang musykilnya, anak kami ni tidak berapa suka main alat permainan. Nabihah lebih suka main dengan alatan rumah, macam penyapu, lesung, komputer, remote dan sebagainya. Jika dibeli mainan yang baru cuma sekejap sahaja di pegang, lepas tu di biarkan.


Banyak jika hendak diceritakan, tetapi cukuplah setakat itu untuk kali ini. Semua pun tahukan bagaimana gelagat sikecil semasa meningkat usia. Mencuit hati, geram, kasian dan pelbagai perasaan lagi kita asa bila melayan karenah si kecil. Sekian Terima kasih