About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Saturday, November 20, 2010

Relah di tengah hujan

Meningkatnya usia seorang anak, maka bertambah juga tingkahlakunya. Begitu juga dengan Nur Adlina Nabiha, puteri sulong kami ini. Pengalama pertama bermain di taman permain kanak-kanak tidak dilupakan apabila sering mangajak kami untuk bermain di taman permianan kanak-kanak lagi. Walaupun di usia satu tahun setengah, Adlina tidak boleh bercakap lagi, tetapi telatah dan kenginannya dapat dibaca apabila sering 'mengamuk' bila ternampak taman tersebut terutamanya bila menaiki kereta. Bagi tidak menghampakan harapan puteri kami, hari ini kami membawanya bermain di taman permainan kanak-kanak berhampiran masjid terapung di Kuala Ibai. Walaupun awan menunjukkan kemendungan, tetapi ku tetap pergi juga untuk membolehkan adlina nabihah bermain walaupun sekejap.



Kami sanpai lebih kurang pukul 5.40 petang dan terdapat ramai kanak-kanak serta ibubapa yag sedang beramain di situ. Terpampang penuh keceriaan yang di wajah anak kami ini tatkala kami sampai di taman tersebut. Botol dan keropok lekor di tangan terus di buang untuk bermain di taman tersebut. Tetapi masa bermain tidak lama kerana awan gelap tadi telah mencurahkan hujan. Kami berteduh di bawah pondok berhampiran sambil menikmati keropok lekor yang dibeli tadi.



Gelagat nabihah bermain


Pondok tempat berteduh tatkala hujan

Kami ingatkan hujan sekejap sahaja, tetapi berlarutan sampai ke petang. Hajat kami untum bermaian brsama nabihah di taman permainan tersebut tidak dapat diteruskan lagi kerana hujan tidak berhenti-henti. Ramai juga pengunjung yang ada di sana, termasuk ada dua pasangan pengatin yang membuat 'out door album' bagi mengabadikan kenagan perkahwinan mereka dengan pakaian pengantin. Kebanyakan mereka bertduh di pondok-pondok berhampiran sambil makan-makan dan ada juga sambil berbual menunggu hujan reda. Ada juga yang terus pulang ke rumah masing-masing. Kami juga turut pulang lebih kurang jam 6.35 petang.


Pengunjung berpusu pulang ke rumah

Sunday, November 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun 4

Setiu, seramai 35 orang murid termasuk 25 orang guru dan beberapa orang kaki tangan telah berkumpul di kelas tahun 4 , SK Batu 29 untuk menjayakan jamuan akhir tahun pada 7 November 2010. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam penyediaan makanan dan persiapan tempat bagi melancarkan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu jemputan dimana terdiri daripada Tuan Guru Besar SK Batu 29, En. Abdullah Bin Awang, GPK 1 En. Che Wan Ralisyardy Bin Che Wan Semiun, GPK HEM En. Mohamad Bin Muda, GPK KO Ust Pauzi Bin Mat Zin serta semua guru-guru SK Batu 29. Ust. Badrul Hisham Bin Hamat dengan berbesar hati telah memcakan doa selamat seterusnya doa makan.


para jemputan berkumpul bagi memulakan majlis Tuan Guru Besar (tengah) sedang menjamu selera


Terima kasih diucapkan kepada semua yang 'sponsor' kan makanan untuk jamuan tersebut seperti koktail diRaja, Tapai pulut, spegeti dan banyak lagi. Di samping makanan ter tersebut terdapat juga makanan yang d tempah hasil kutipan wang daripada para pelajar, sepeti nasi ayam, air minuman, makanan ringan dan dua biji kek yang di tempah khas sebagai penyeri majlis tersebut. Berbanyak terima kasih di ucapkan kepada Cikgu Rahimah Ismail diatas kerja keras beliau bagi menjayakan majlis akhir tahun ini. Tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru dan para jemputan yang hadir bagi menghabiskan makanan yang telah di sediakan. Diharap segala kekurangan dapatlah dimaafkan dan kediran semua jemputan di ucapkan ribuan terima kasih..



Para pelajar yang di raikan dalam majlis akhir tahun 4



Kek penyeri majlis akhir tahun

Saturday, November 13, 2010

Pendrive

Setiu : Seramai lebih kurang 1,651 orang guru di daerah setiu menerima pendrive 8GB daripada Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Seri Ahmad Bin Said di SMK Lembah Bidong, Setiu Terengganu. Majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengarah JPNT yang baru YB En. Sazali Bin daud, yang mana dalam ucapannya menyarankan agar pencapaian UPSR yang baru diumum kan dapat dipertingkatkan lagi. Walaupon Terengganu sekali lagi meraih tempat pertama dalam pencapaian UPSR 2010 yang mana menjadi ia kali ke-10 berturut-turut, tetapi ia masih lagi belom mencapai target JPNT.



Kemuadian dalam ucapan YB Menteri Besar Terengganu pula, banyak memberitahu berkenaan dengan rancangan-rancangan kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat di Terengganu. Projek kawasan bebas cukai di Tasik kenyir, kawasan tekstile di Chukai, Kemaman dan banyak lagi pruntukan kerajaan negeri dalam memajukan negeri Terengganu. Majlis di sudahi dengan pembahagian pendarive oleh YB Menteri Besar sendiri dimana setiap guru yang hadir naik ke pentas sendiri bagi berjumpa dan bersalaman dengan beliau.