About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Monday, January 25, 2010

Wajah 2010






















video

Terengganu...aku sudah kembali!!!!



Alhamdulillah...berkat doa ibu bapa, ibu bapa mertua, isteri tersayang, serta orang-orang yang memahami hasrat hati ini, akhirnya dapat juga aku berkhidmat di bumi tumpah darahku, TERENGGANU...(yahooooo!!!!! aku dapat transfer......) Aku amat bersyukur dengan ketentuan ilahi dan aku amat berterima kasih. Kecerian juga terpancar di wajah isteri dan anak tercinta juga di wajah ma n abah ku walau pun tidak terucap di mulut. Sk Batu 29, Setiu (http://www.skbt29.co.cc/)tempat baru untuk aku mencurahkan bakti kepada anak bangsa dan agama....

Bubur Sure


Koleh Sure sedang di masak

Walaupun bulan Muharram telah seminggu meninggalkan kita, tetapi aktiviti membuat Sure masih lagi berjalan. Tidak ketinggalan juga keluarga saya di Kampung Teluk Pasu turut sama dalam membuat BUBUR SURE ini dalam bahasa Terengganu (kampung saya lah)..sempena mengambil berkat peristiwa zaman nabi terdahulu pada 24 Januari 2010,Sabtu.Kami buat untuk makan family aje,kira aktiviti permulaan di awal tahun 2010...tidak lah buat banyak sangat macam di surau-surau atau di masjid-masjid, sekadar memenuhi hasrat hati dan lidah ingin merasa bubur sure ini. Maklumlah makanan ini tidak apat di perolehi di pasar-pasar atau di kedai-kedai, cume hari dan waktu tertentu sahaja ia boleh di dapati. Makanan bermusimlah di katakan dan jika dapat merasanya merupakan satu nikmat yang besar sebagai manusia. Nikmat yang paling di rasai terutamanya saya ialah dapat merasa bubur ini semasa masih cair dan panas. Kebanyakkan orang memakannya semasa sudah keras (bahasa terengganu) apabila sejuk , bergantung kepada selera masing-masing, tetapi saya gemar memakan ketika masih cair. Sukar untuk merasa semasa masih cair jika kita tidak berada di tempat membuat sure ini kerana ia akan mengeras atau beku apabila ia mulai sejuk. Untuk membuat koleh sure ini tidaklah sukar, tetapi cerewet sedikit kerana ia mempunyai adunan dan bahan-bahan yang banyak seperti beras, jagung,kacang ,ayam,santan ,rempah,serai.,engkuah, bawang,halia, kerisik dan banyak lagi sampaikan saya pun lupa. Masa yang diambil juga agak lama untuk sure ini masak semacam kita membuat dodol lah. Tetapi itu tidak menjadi halangan sebab kemesraan dalam membuat kerja masak ini merapatkan silaturrahim kami anak beranak.Maklumlah lama-lama sekali buat (jarang buat). Itulah serba sedikit saya nak kongsi bersama kalian di alam maya ini. Sebagai pemanas enjin orang cakap, sebab sudah lama tidak menulis blog ini..sampai berjumpa lagi....wasalam



Mangsa yang selalu kene mengacau..heheh



Siap di makan..sila ambik satu yeee