About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Friday, December 24, 2010

Takdir 2010

Sudah ditakdirkan Allah yang Maha Kuasa, yang hidup pasti akan menemui mati. Tetapi entah bila, dimana, kenapa dan bagaimana kita sendiri tidak ketahui. "Dari kami ia datang, kepada kamilah ia kana kembali"(innalillahi waina ilahi rojiun) begitulah lumrah kehidupan kita sebagai makhluk di muka bumi ini. Kesediahan yang menimpa aboh memang tidak dapat dinafikan. Walaupun mulutnya tidak menyatakan sebegitu tetapi riak tari wajah dan pergerakkan nya cukup membuatkan aku memahami betapa sedih hatinya. Pertama, ibunya meninggal dunia akibat sakit tua dan tidak sampai sebulan kemudian ayahnya pula kembali ke rahmatullah juga akibat sakit tua. Hati siapa yang tidak di rundum kesayuan apabila kedua ibubapa hilang disisi dalam waktu yang singkat. Kini adiknya pula pergi meninggalkan dia tidak kembali akibat kemalangan jalan raya. Dalam setahun, tiga kematian keluarga terdekat yang mana akan membuatkan hati sekeras batu pun akan lembut menangis kesedihan. Tetapi aboh ku tabah dengan keredhaan ilahi, tidak menitiskan air mata di kalayak ramai walaupun hatinya sedih, pilu dan hiba cuma terpancar di wajahnya yang sugul. Aku berharap Allah kuatkan semangat Aboh dalam menhadapi dugaan mendatang dan tempatkan roh-roh ayoh(tokki) , mok(nenek) dan moksu di tempat yang dirahmati dan di kalangan orang-orang yang beriman.

Alfatihah ku pohon dari semua untuk ketiga-tiga roh agar aman sejahtera......

Saturday, November 20, 2010

Relah di tengah hujan

Meningkatnya usia seorang anak, maka bertambah juga tingkahlakunya. Begitu juga dengan Nur Adlina Nabiha, puteri sulong kami ini. Pengalama pertama bermain di taman permain kanak-kanak tidak dilupakan apabila sering mangajak kami untuk bermain di taman permianan kanak-kanak lagi. Walaupun di usia satu tahun setengah, Adlina tidak boleh bercakap lagi, tetapi telatah dan kenginannya dapat dibaca apabila sering 'mengamuk' bila ternampak taman tersebut terutamanya bila menaiki kereta. Bagi tidak menghampakan harapan puteri kami, hari ini kami membawanya bermain di taman permainan kanak-kanak berhampiran masjid terapung di Kuala Ibai. Walaupun awan menunjukkan kemendungan, tetapi ku tetap pergi juga untuk membolehkan adlina nabihah bermain walaupun sekejap.



Kami sanpai lebih kurang pukul 5.40 petang dan terdapat ramai kanak-kanak serta ibubapa yag sedang beramain di situ. Terpampang penuh keceriaan yang di wajah anak kami ini tatkala kami sampai di taman tersebut. Botol dan keropok lekor di tangan terus di buang untuk bermain di taman tersebut. Tetapi masa bermain tidak lama kerana awan gelap tadi telah mencurahkan hujan. Kami berteduh di bawah pondok berhampiran sambil menikmati keropok lekor yang dibeli tadi.



Gelagat nabihah bermain


Pondok tempat berteduh tatkala hujan

Kami ingatkan hujan sekejap sahaja, tetapi berlarutan sampai ke petang. Hajat kami untum bermaian brsama nabihah di taman permainan tersebut tidak dapat diteruskan lagi kerana hujan tidak berhenti-henti. Ramai juga pengunjung yang ada di sana, termasuk ada dua pasangan pengatin yang membuat 'out door album' bagi mengabadikan kenagan perkahwinan mereka dengan pakaian pengantin. Kebanyakan mereka bertduh di pondok-pondok berhampiran sambil makan-makan dan ada juga sambil berbual menunggu hujan reda. Ada juga yang terus pulang ke rumah masing-masing. Kami juga turut pulang lebih kurang jam 6.35 petang.


Pengunjung berpusu pulang ke rumah

Sunday, November 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun 4

Setiu, seramai 35 orang murid termasuk 25 orang guru dan beberapa orang kaki tangan telah berkumpul di kelas tahun 4 , SK Batu 29 untuk menjayakan jamuan akhir tahun pada 7 November 2010. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam penyediaan makanan dan persiapan tempat bagi melancarkan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu jemputan dimana terdiri daripada Tuan Guru Besar SK Batu 29, En. Abdullah Bin Awang, GPK 1 En. Che Wan Ralisyardy Bin Che Wan Semiun, GPK HEM En. Mohamad Bin Muda, GPK KO Ust Pauzi Bin Mat Zin serta semua guru-guru SK Batu 29. Ust. Badrul Hisham Bin Hamat dengan berbesar hati telah memcakan doa selamat seterusnya doa makan.


para jemputan berkumpul bagi memulakan majlis Tuan Guru Besar (tengah) sedang menjamu selera


Terima kasih diucapkan kepada semua yang 'sponsor' kan makanan untuk jamuan tersebut seperti koktail diRaja, Tapai pulut, spegeti dan banyak lagi. Di samping makanan ter tersebut terdapat juga makanan yang d tempah hasil kutipan wang daripada para pelajar, sepeti nasi ayam, air minuman, makanan ringan dan dua biji kek yang di tempah khas sebagai penyeri majlis tersebut. Berbanyak terima kasih di ucapkan kepada Cikgu Rahimah Ismail diatas kerja keras beliau bagi menjayakan majlis akhir tahun ini. Tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru dan para jemputan yang hadir bagi menghabiskan makanan yang telah di sediakan. Diharap segala kekurangan dapatlah dimaafkan dan kediran semua jemputan di ucapkan ribuan terima kasih..



Para pelajar yang di raikan dalam majlis akhir tahun 4



Kek penyeri majlis akhir tahun

Saturday, November 13, 2010

Pendrive

Setiu : Seramai lebih kurang 1,651 orang guru di daerah setiu menerima pendrive 8GB daripada Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Seri Ahmad Bin Said di SMK Lembah Bidong, Setiu Terengganu. Majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengarah JPNT yang baru YB En. Sazali Bin daud, yang mana dalam ucapannya menyarankan agar pencapaian UPSR yang baru diumum kan dapat dipertingkatkan lagi. Walaupon Terengganu sekali lagi meraih tempat pertama dalam pencapaian UPSR 2010 yang mana menjadi ia kali ke-10 berturut-turut, tetapi ia masih lagi belom mencapai target JPNT.



Kemuadian dalam ucapan YB Menteri Besar Terengganu pula, banyak memberitahu berkenaan dengan rancangan-rancangan kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat di Terengganu. Projek kawasan bebas cukai di Tasik kenyir, kawasan tekstile di Chukai, Kemaman dan banyak lagi pruntukan kerajaan negeri dalam memajukan negeri Terengganu. Majlis di sudahi dengan pembahagian pendarive oleh YB Menteri Besar sendiri dimana setiap guru yang hadir naik ke pentas sendiri bagi berjumpa dan bersalaman dengan beliau.


Saturday, October 9, 2010

Si Cilik, Puteri kami

Anak kecil ku dah besar



Sekejap je masa berlalu, kini puteri kami NUr Adlina Nabihah sudah berumur setahun 4 bulan. banyak gelagat yang mencuit hati bila melihat anak kecil membesar. Makan sudat tidak bersuap, hendak makan sendiri. Bila dah boleh "kaki" makin laju je pusing rumah "kemas". Bila mandi pula hendak main-main dalam bilik air dulu, dah puas baru lah naik sendiri. Tetapi bila nak minum susu, tak pandai pula dia minta "susu" tetapi menyender jek dekat orang dan menangis. Begitu juga bila nak mandi n basuh berak, mulalah buat-buat manja. Semua tu mencuit hati bila melihat. Kadang-kadang terfikir juga kata-kata orang tua, susahnya membesarkan anak. Memang susah pun kalu tak kena cara, tapi kalu kena cara gembira adalah, anak kita kan bukan anak orang lain.

Bila dan semakin besar ni, banyaklah yang di pelajari. Masa kita menulis , time tu juga lah dia nak menulis. Nak pen kita pegang tu yang tak tahan tu. Kadang-kadang eksen baca buku. Walaupun apa yang di baca pun kita tak tau. Apa-apa ajelah kan. Janji dia dah boleh berfikir.
Lepas ni apa plak gelagat yang akan menghiburkan kami sekeluarga. Itu baru sikit aje yang ditulis. Tak pandai juga nak bercerita perihal si cilik ni sorang.
Sekian.......

Tuesday, August 3, 2010

Berbakti....

Berbakti pada tanah tidak akan rugi, itu ungkapan yang sering kita dengar daripada orang-orang tua. Walaupun tanamanku cuma sedikit tetapi ia berbaloi dengan tanah yang ada. Ruang yang tersedia digunakan dengan sebaik mungkin untuk menanam serba sedikit ssayur-sayuran untuk keperluan sendiri. Jadi tidak perlulah membeli lagi. Disamping terjamin kesegarannya, poket pun bolehlah berjimat.



Tidak banyak yang aku tanam di belakang rumah sewa ini. Cuma tanaman untuk kegunaan sendiri seperti lada kecil, kacang bendi, serai, kangkung, ulam raja dan kacang panjang. Bukanlah untuk komersial tetapi hanya suka-suka bagi mengurangkan kos perbelanjaan.




walaupun tidak semua tanaman yang ditanam mengeluarkan hasil lagi, tetapi adalah serba sedikit yang boleh di tuai hasilnya seperti lada, kangkung, serai dan ulam raja. Cukuplah bagi kegunaan sendiri dan dibahagi-bahagi dengan jiran-jiran tetangga. Tidak banyak tetapi cukuplah buat memasak dan makan seharian.




Pantai Tok Jembal merupakan salah satu antara deretan pantai yang menyusuri negeri Terengganu. Pantai ini merupakan pantai yang bersebelahan dengan pantai Mengabang Telipot yang juga terletak di daerah Kuala Terengganu. Pantai ini lebih dekat kedudukannya dengan Intitut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UDZA. Tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan juga pengunjung luar untuk beriadah disini.





Aktiviti yang biasa dijalankan disini ialah berkelah, memancing dan bermain kuda. Untuk pengetahuan umum pantai merupakan antara pantai yang terkenal dalam aktiviti memancing. Ramai pemancing menghabiskan masa petang meraka dengan memancing di sini. Dan pantai ini juga pernah dijadikan lokasi kejohanan memancing. Tapak permainan untuk kanak-kanak juga disediakan bagi mereka yang ingin membawa anak-anak mereka bermain di pantai ini.



Kami pon tidak ketinggalan untuk beriadah disini walaupun jauh sedikit tempat kediaman. Selesai beriadah, boleh tengok permandangan malam di ibu kota Kuala Terengganu. Terutamanya permandangan di Bukit Besar, cantik dan menawan.



masak..memasak...

Salam kembali....sudah lama tidak ber-blog...sibuk dengan keje harian...tapi masih ada mase untuk makan...nak makan kenelah masak...barulah best... itulah saya nak kongsi dengan pembaca sekalian...dah adat hidup berkeluarga, mestilah memasak di rumah..tidak kiralah suami atau isteri..tetapi selalunya orang kata, kerja di dapur tu kerja isteri... mana-mana pon tak apa, asalkan perut yang berbunyi boleh di isi... bab memasak ni tidaklah susah sangat. antara hendak dengan tak mahu aja... ada juga yang memasak mengikut petua turun temurun atau petua buku resepi.... tetapi bagi saya..itu semua atas diri masing-masing. petua saya bila memasak, campak aja apa yang perlu, tawar tambah garam..nak manis letak gula.. tu petua my lovely mom...so bila tau bahan-bahan nya campak ajelah mana yang dulu mana kemudian.. jadi tak jadi kita ejas sampai jadi.... nilah serba sdikit masakan yang kami (saya dan isteri masak).. buat terliur orang aja...kalu nak resepi nanti mintak dengan saya..ok....bye.




ayam goreng kicap ala sarawak,acar timun, ula timun


ikan+sotong singgan, ikan goreng,budu


Daging black papper ikan kembung 3 rasa

udang galah goreng tumis

Friday, May 14, 2010

Picnic...wif pamily



Pantai Pandak, Chendering
Kuala Terengganu


Perjalanan kira-kira 20-30 min dari umah kami di Bukit Payung, merupakan destinasi kunjungan ramai peminat keindahan pantai. Terletak berhampiran dengan Chendering, Kuala Terengganu dan pengunjung sememangnya tidak akan kecewa bila ke sini. Peluang hujung minggu tidak kami lepaskan untuk ke Pantai Pandak, Chendering bersantai sambil makan nasi. Bak kata orang tempatan berkeloh lah senang.Ermmm nama pon berkelah, jadi kenelah bawak bekal,si isteri memasak beberapa jenis lauk seperti kutub ayam, telor dadar, sup ayam dan sayur bendi goreng untuk kami berjuadah di tepi pantai nanti. Anak kecik lagi, jadi untuk memeriahkan suasana dua adik ipar ku bawa bersama. Saje nak bermesra dengan alam semulajadi, ramai-ramai makan kat tepi pantai best juga. Inilah serba sedikit yang dapat difotokan bersama….ok..enjoy urself….untuk sesiapa yang belum ernah ke sini…ajaklah keluarga beramai-ramai. Anda pasti tidak akan kecewa…


Thursday, April 22, 2010

Dugaan..

ermmmm...kenapa jadi macam nie??aku pon tidak pasti...lepas satu..satu...bilakah akan berakhir.....aku harap esok akan kembali ceria...biarlah ia jadi kenangan pahit 2010

Sunday, April 18, 2010

masa semasa

apa dah jadi..apa dah jadi...masa sudahtak cukup lagi..(gaya dato salim) ermmmm.. begitulah masa sentiasa mencemburui kita..intenet lambat...badah penat...tidak terdaya untuk menulis bait-bait cinta membuka selera pembaca...entah bila waktu akan tiba..memenuhi citarasa di jiwa..agar dapat diteruskan lagi...budi bicara menabur kata..melalui tulisan yang tidak seberapa...

cume disini ringkasan cerita sebagai pengubat luka...

permulaan tahun 2010, aku di terima bertukar dari sarawak ke terengganu, (alhamdulillah) masih inggal di bukit payung tetapi di rumah sewe..tidak lagi menetap di rumah mertua, kata nak berdikari. dalam masa yang sama aku juga boleh mengajar isteriku supaya tidak bergantung pada ibunya.perjalanan ku ke sekolah tidaklah dekat dan tidaklah jauh..lebih kurang 54 km perjalan pergi dan mengambil masa lebih kurang 45 minit jika ku memecut laju...langkah kedua ku ambil dalam menjalani hidup berdikari aku gagahi untuk membeli motosikal LC4v..untuk memudahkan aku ke sekolah dan isteriku pergi kerja dan menghantar anak..alhamdulillah.. walaupun dalam kekangan kewangan aku tidak menyusahkan org untuk meminjam wang.. keperluan rumah ku tamabh sedikit demi sedikit bagi memenuhi keselesaan bersama..keperluan anak kami dahulukan...maklumlah anak yang semakin membesar..perlukan perhatian yang lebih daripada bapaknye...heheh
Rutin harian ku..
aku akan bangun seawal 6 pagi bersiap untuk kesekolah....selepas bersiap lebih kurang pukul 6.30-6.45 bermulalah perjalan ku ke sekolah sejauh 45 min - 60min perjalanan..hanay dengan kenderaan beroda 2 aku sampai ke sekolah dan menjalankan tanggungjawab mencari rezki yang halal.. jika tiada meting atau kokurikulum atau hal2 lain..aku akan pulang dari sekolah dalam jam 1:30 ptg-2.00ptg yang mana perjalanan nya juga menganbil masa lebih kurang 45-60min perjalan kira-kira 110 KM pergi dan balik.. tiba di rumah mertua, melayan anak jika tidak tido..dan berehat..kadang2 balik rumah..siapkan ape2 yang patut, kemas rumah...dan selalunya tidolah...ermmm
mlm tidak banyak aktiviti yang dilakukan selan ber facebook,tgk tv, melayan anak...kemas rumah..dan sebagainya mengikut apa yang patut dibuat...then tido seawal mungkin..esok nak bangun awal plak..hehheh..begitulah aktiviti seharian..walaupun kekadang penat..tetapi bahagia sentiasa kerana di samping family...

ok cau dulu... sambung lain kali plak...nak berfacebook jap..tenet dahlah lambat

Thursday, February 18, 2010

Aset kami........

Ermm..setelah 2 tahun lebih bekerja.dan alam perkahwinan kami lebih kurang setahun lebih...inilah yang boleh aku kumpul sebagai aset kami sekeluarga..aku amat bersyukur ya Allah...



Kipas meja 16"



Komputer cabuk..(berusia dah 7 tahun), banyak berjasa dalam kehidupan aku dan kini masih di gunaakn untuk meng-akses internet..:)



TV-12" bersama rak tv



"my first wife"


"My Second wife"



Alatan n perabot dapur


Storage pakaian...




mesin basuh