About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Tuesday, August 3, 2010

Berbakti....

Berbakti pada tanah tidak akan rugi, itu ungkapan yang sering kita dengar daripada orang-orang tua. Walaupun tanamanku cuma sedikit tetapi ia berbaloi dengan tanah yang ada. Ruang yang tersedia digunakan dengan sebaik mungkin untuk menanam serba sedikit ssayur-sayuran untuk keperluan sendiri. Jadi tidak perlulah membeli lagi. Disamping terjamin kesegarannya, poket pun bolehlah berjimat.



Tidak banyak yang aku tanam di belakang rumah sewa ini. Cuma tanaman untuk kegunaan sendiri seperti lada kecil, kacang bendi, serai, kangkung, ulam raja dan kacang panjang. Bukanlah untuk komersial tetapi hanya suka-suka bagi mengurangkan kos perbelanjaan.




walaupun tidak semua tanaman yang ditanam mengeluarkan hasil lagi, tetapi adalah serba sedikit yang boleh di tuai hasilnya seperti lada, kangkung, serai dan ulam raja. Cukuplah bagi kegunaan sendiri dan dibahagi-bahagi dengan jiran-jiran tetangga. Tidak banyak tetapi cukuplah buat memasak dan makan seharian.




Pantai Tok Jembal merupakan salah satu antara deretan pantai yang menyusuri negeri Terengganu. Pantai ini merupakan pantai yang bersebelahan dengan pantai Mengabang Telipot yang juga terletak di daerah Kuala Terengganu. Pantai ini lebih dekat kedudukannya dengan Intitut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UDZA. Tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan juga pengunjung luar untuk beriadah disini.





Aktiviti yang biasa dijalankan disini ialah berkelah, memancing dan bermain kuda. Untuk pengetahuan umum pantai merupakan antara pantai yang terkenal dalam aktiviti memancing. Ramai pemancing menghabiskan masa petang meraka dengan memancing di sini. Dan pantai ini juga pernah dijadikan lokasi kejohanan memancing. Tapak permainan untuk kanak-kanak juga disediakan bagi mereka yang ingin membawa anak-anak mereka bermain di pantai ini.



Kami pon tidak ketinggalan untuk beriadah disini walaupun jauh sedikit tempat kediaman. Selesai beriadah, boleh tengok permandangan malam di ibu kota Kuala Terengganu. Terutamanya permandangan di Bukit Besar, cantik dan menawan.



masak..memasak...

Salam kembali....sudah lama tidak ber-blog...sibuk dengan keje harian...tapi masih ada mase untuk makan...nak makan kenelah masak...barulah best... itulah saya nak kongsi dengan pembaca sekalian...dah adat hidup berkeluarga, mestilah memasak di rumah..tidak kiralah suami atau isteri..tetapi selalunya orang kata, kerja di dapur tu kerja isteri... mana-mana pon tak apa, asalkan perut yang berbunyi boleh di isi... bab memasak ni tidaklah susah sangat. antara hendak dengan tak mahu aja... ada juga yang memasak mengikut petua turun temurun atau petua buku resepi.... tetapi bagi saya..itu semua atas diri masing-masing. petua saya bila memasak, campak aja apa yang perlu, tawar tambah garam..nak manis letak gula.. tu petua my lovely mom...so bila tau bahan-bahan nya campak ajelah mana yang dulu mana kemudian.. jadi tak jadi kita ejas sampai jadi.... nilah serba sdikit masakan yang kami (saya dan isteri masak).. buat terliur orang aja...kalu nak resepi nanti mintak dengan saya..ok....bye.




ayam goreng kicap ala sarawak,acar timun, ula timun


ikan+sotong singgan, ikan goreng,budu


Daging black papper ikan kembung 3 rasa

udang galah goreng tumis