About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Monday, December 29, 2008

Terengganu Darul Iman



Terengganu..negeri tempat aku lahir... cuma tinggal bebarapa hari lagi aku akan meninggalkan bumi kelahiran aku ini..sudah banyak perubahan yang berlaku sejak aku jadi warga terengganu ni. dulunya tiada mall sekarang tumbuh bukan se..dua lagi, Mydin mall dan Giant.. kat Kerteh ada lagi Mesra Mall. jalan semakin besor..dari se line lening 3 doh.. trafik light makin banyak. kedai-kedai pun bertambah. pendapatn isi rumah tak pulak aku cek..harap-harap bertambah jugak lah.
Kini aku akan meninggalkan negeri tercinta ni demi berbakti pada nusa dan bangsa.. jauh di seberang laut China Selatan.. mungkin tak lama...aku akan kembali ke tanah tumpah darah ku ini lagi...


Terengganu....tunggu deh.. :P

Thursday, December 25, 2008

KPLI Sains 1 2008












Persahabatan....

Tahun 2008 banyak mengajar aku erti persahabatan. Terlalu ramai orang yang aku kenali tetapi hanya beberapa orang sahaja akan aku ceritakan di sini. Din , Eg,dan su (mek su), dan memang tidak terlepas dari pandangan orang bila melihat kami suatu ketika dahulu.. keakraban kami menjadi buah mulut ramai mata-mata yang memandang.. mereka bertiga aliran matematik dan aku pula sains. kami sama-sama menjejakkan kaki ke bumi IPSMB dengan title "Second intake". Perkenalan kami bermula di minggu orientasi dengan malu-malu kucing pada mulanya. Tapi nasib baik ada Din merangkap Roomate aku.. die ni memang open minded dan baik hatilah jugak..hehehe. kalu nak di ikutkan aku ni cuma memenuhi ruang aje..sebab mereka sekelas..aku cuma masuk sebab aku roomate dengan din. din ni plak mmg baik ngan minah berdue ni..minah bujang n baik hati..yang penting open minded. sebab itulah kami blh rapat..keluar makan bersama.. jalan2 bersama..begitulah seadanya.tapi aku banyak ketinggalan dalam banyak perkara bersama mereka.maklumlah aku ni budak sains mereka matematik. so mase kami berbeza.. bila berkesempatan aje aku akan bersama mereka.. kerana itu bermulalah keretakkan hubungan aku dengan mereka. memang susah nak jaga semua hati orang kan. tetapi dengan daya yang ada aku cuba untuk kekalkan hubungan yang terjalin antara kami.. kerana mereka sahabat yang baik, tidak berkira. Eg, walaupun dari kelauarga berada, tetapi die tak pernah sombong dan kedekut. meksu pula ceria memanjang..tetapi sensitif.suaranya memang best dan menjadi rujukan lagu-lagu semasa...din ni lagilah..bagaikan tiada masalah langsung di benaknya..kalu dalam kereta takde lain..menyanyi aje kejenye..hehehhe..nak jadi artislah konon..

Saat bersama memang indah.. nyanyian dan lawak menjadi pengerat hubungan..maklumlah depa2 ni minat lagu.aku layan aje bila depa2 ni menyanyi..maklumlah suara aku tak lah sedap sangat..n lagu pun aku tak hafal.. so dalam kami 4 org ni aku dan eg lebih banyak diam bila menyanyi.. bio ke depa 2 orang tu je...heehhe
Dalam pada tu sempatlah jugak kami jalan-jalan ke Bukit Keluang, ke KB, Jerteh..cuma aku terkilannya aku tak kesempatan pergi ke Lata bersama diorang..ada aje halangan.. sebab halangan-halangan inilah mereka berkecil hati dengan aku.. terutamanya su dan eg.. din xde hal lah..sebab kami akan jumpe dalam bilik...dengan dinlah aku ambil tahu serba sedikit perihal adik-adik kami tu..maklumlah walaupun tak jumpe hati nak tau jugak kan...itulah persahabatan. tapi macam adik beradik..sebab mula-mula dulu kami bagi title mengikut umur masing2. din = abang long. aku = yang tengah, Eg = alang dan meksu yang bungsu..
walaupun hubungan kami dingin sekarang, aku masih berharap agar saat manis bersama dahulu tersemat diingatan..dan mungkin kami boleh akrap balik seperti dahulu..
p/s: Aku bangga mengenali kalian..TERIMA KASIH SAHABAT

Wednesday, December 24, 2008

Setahun..KPLI (Sains 1 2008)...dalam kenangan

Setahun sudah berlalu, hanya memori menjadi kenangan dalam lipatan sejarah hidup aku. Berita yang mengembirakan terutamannya Bonda tercinta, aku dapat masuk KLPI walaupun second intake. mungkin itulah hajat orang tua ku untuk salah seorang adik beradik aku mengikut jejak langkahnya, sebagai pendidik. Dengan hati yang berbelah bahagi, aku melangkah masuk ke Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut pada 11 Feb 2008 dengan Kelisa ku (TAL 5275) berseorangan. tanpa melengah kan masa aku menuju ke tempat pendaftaran tanpa seorang pun aku kenali pada ketika itu. dalam hati aku berkata.."inilah keputusan aku".. Di situlah aku mulai kenal dengan seorang lelaki yang kini menjadi ex-roomate aku..dengan sikap ramah beliau kami manjadi kawan.. mendaftar bersama dan bilik asrama pun sama..mulalah kehidupan kami sebagai pelajar di  IPSMB.



Selepas seminggu berorentasi dengan input2 yang bergunalah jugak berkenaan masa depan ku di maktab ni..kami dimasukkan ke dalam kelas SN 1.. bila terinagtkan semula nak gelak rasanya aku.. mula2 masuk ke kelas aku ingat kan aku yang mudalah tapi sanggkaan aku meleset sama skali rupenya aku kedua tertua dalam kelas tersebut..yang lain semuanya muda2.blom kawin semuanya..dan barulah aku tau yang dalam maktab tu kelas kami terkenal dengan kelas yang 100% belom kawin...heheh..aku salah sorang daripadanyalah kan..3 orang termasuk aku, menjadi budak baru dalam kelas tersebut.. bermulalah episod yang lucu,..gembira..sedeh..dan banyak lagi yang menjadi memori kami bersama.. asam garam kehidupan begitulah ada yang manis, pahit,tawar...tapi semua itu tersimpan kemas dalam memori ku...

seramai 22 orang penuntut, 7 lelaki dan 15 pompuan..semua mempunyai karekter berbeza.yang mengharmonikan kelas Sains 1..En Azman Omar manjadi penaungnya..



Sains 1 2008..

semuanya kepala masuk air..aku ingat kan semuanya boleh dibuat tauladan..tapi sama jugak macam aku..masuk air..hahaha..itulah yang membuatkan kami akrab..walau pun tidak semua tapi sebahagian besar komuniti kelas kami ini...kecil hati, bals demdam mungkin tidak wujud sama skali di kalangan kami , jika pun ada sedikit sahaja..yang lain semuanya bak kata orang "kamcing lah"..banyak jugak perkara yang tak dapat dilupakan..berjalan, mkan, bermain, gurau senda, gossip, dan banyak lagilah..


kini..kebanyakkan kami telah menghabiskan pengajian kami dan tunggu posting ke SARAWAK.. cume adalah beberapa orang yang bernasib baik tidak ke sana.. di benak ku..adakah kami nanti masih berhubungan satu sama lain..dan bersuka-duka bersaka kembali seperti di maktab..hidup kami bagai kan adik beradik..itu aku serahkan sahaja pada tuhan yang maha kuasa/..


ANDAI KEIKHLASAN TERSEMAT DIKALANGAN KAMI,
MAKA INGATAN AKAN MENJADI TEMAN,
MEMORI AKAN MENJADI KENANGAN,
PERHUBUNGAN AKAN BERKEKALAN...

luv U all sains 1.....

Tuesday, December 23, 2008

Posting ooo posting....

TAHNIAH anda telah di tempatkan di SARAWAK
                                      

Begitulah keputusan seadanya daripada Allah yang maha kuasa..tempat khidmat aku yang pertama sebagai Guru adalah di Negeri Sarawak.. terkenang kembali pristiwa itu. Mlm 19hb dec 2008, sedang enak2 berehat selapas melahap ikan baung di umah ayah de..aku menerima satu panggilan telepon dari no yang tidak aku kenal.. "Hello..assalamualikum..aku dapat Sarawak mung.." itulah ucapan pertama dari si pemanggil.. dengan selambanya aku pun manjawablah.. oklah tu..tanpa mngenali siapa di seberang komunikasi tersebut.. tapi nasib baiklah si die bertanya "kenal dok ni?" lantas terus di memperkenalkan diri..budak kelas aku rupanya..selepas beberapa ketika berkomunikasi dan mngetahui result kawan2 sekelas ku yang lain dapat posting kemana...hati aku juga berdebar2 kerana perasaan aku megatakan aku pun sama seperti mereka akn di posting kan di sarawak..
Aku khabarkan berita itu kepada isteriku..terkujut jugak die..kuasa Allah taala siapa blh lawan..kita hanya merancang Die yang menetukan.. tapi semasa itu aku belom komfirm lagi result aku. kerana aku masih di Kg Durian mentangau yang tiada kemudahan internet..line tel pon tak brapa nak ada jugak..maka banyak aku dapat msg bertya kabar tetang result posting aku tu..ada yang di balas ada yang tidak..dek kerna aku lupa nak top up semasa aku berada di sana..maklumlah kedai jauh..
semasa perjalanan balik aku singgahlah menopap henset aku di bandar dungun..dan mulalah bertyakan khabar kawan2 yang lain serta manjawab msg2 yang blom aku balas semalam.
sabtu petang itu..aku balik ke rumah untuk cek result tersebut..maka tenang lah hati aku bila mengetahui bahawa ia memang sama dengan naluri aku..SARAWAK..

                                                                         

nampaknya inlah peluang aku untuk naik "BELON" bab kata orang sana lah.. dan melihat negeri orang..dan orang-orangnya sekali
                                                                           

sekarang aku sedang menunggu tiket FREE daripada pihat KPM..katanya 30 hb 12 barulah tau bila kapal terbang akan bertolak.

Ikan Baung

Ikan Baung

Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.


Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah memancing ikan ini dengan sabun.

Itu semua tertulis dalam website. Bukan ape aku menulis perihal ikan baung ni. Nak dijadikan cerita.. Cuti Hujung minggu lalu aku dan isteri aku pergilan ber"CUTI" di Kg. Durian Mentangau, Paka..umah pak sedara isteri aku..hajat dihati nak lapangkan pikirang sambil mancing2. maklumlah kawasan tu mmg ramai orang pi memancing..pelbagai jenis ikan ada...tapi alkisah lain palk jadinya..kami pi jln2 tengok anak sepupu isteri aku kat kemaman...tapi tak terlepas untuk makan ikan sungai..heheheh

walaupun aku tak pancing sendiri ikan tu tapi makan ajelah..dah tak sempat.bukan lama aku pergi sana..2 ari jek.. nak ceritanya..kelazatan ikan baung ni mmg best..walaupun ni ikan baung bela..dalam sangkar..hehehhe.. cekde(isteri paksedara isteri akulah) masak lemak cili api..berasap nak bagitau..hahaha..aku mkn sampai abis...licin...ikan sekor 5kg tu..bukan aku sorang mkn sume...ai korang ni.. makan ramai2 lah seronok sket...begitulah kalu kami nak mkn ikan darat(ikan sungai) kami pergilan umah YohDe tu..senang..hehehe mesti dapat punya...setakat ari ni memang tak penah lagi aku pergi tak dapat makan ikan darat..tulah kan Terengganu masih lagi punyai tempat kaya ikan darat sebegitu..

Sabtu pagi aku bertolak balik ke Kuala Terengganu. Tapi tidak dilupakan ikan baung dan ikan talapia bawak bekal balik masak kat kg aku plak..hahahaha..

Monday, December 15, 2008

Aidiladha...

Tanggal 8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429.. memang di ketahui seantero dunia... Hari Raya Haji atupun dikenali sebagai Hari Raya Korban.Hari dimana mengenangkan peristiwa yang telah berlaku kepada Nabi Allah alaihiwassalam Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.. kerana pengorbanan dan ketaatan mereka kepada Allah. Beribu-ribu orang pergi ke Tanah Suci Mekkah menunaikan ibadat haji yang mana mengenangkan peristiwa Isteri solehah yang ditinggalkan di padang pasir yang kering kontang atas ketaatan kepada suami yang taat kepada perintah Allah..kini kisah mereka menjadi ibadat kepada umat islam pada hari ini.. pada yang tidak sempat mampu untuk terbang atau belayar ke tanah suci.. menjadi kebiasaan di seluruh pelusuk dunia mereka menyambut Hari Raya Aidiladha ini dengan berkorban.. yang dahulunya menjadi ujian kepada Nabi Allah Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya Ismail..tapi di gantikan dengan kibas...


Lembu, kerbau, unta, kambing banyak yang tumbang dek kerana mengenangkan peristiwa bersejarah tersebut. Tidak ketinggalan jugak di kampung Teluk Pasu ni...banyak jugak lembu yang tumbang... tiulah kebiasaannya.. kambing jarang-jarang sekali. Ini kerana lembu senang diperolehi dan mudah diuruskan. Nak sembelih unta sini bukan habitatya..hehehhe.. tahun ni aku taklah korban..tapi adalah jugak tolong-tolong Abah aku korban.uruskan pape yang patut.. memang tiap2 tahun itulah keje aku...tapi tahun lepas aku cuma tolong angkat ajer..tahun ini aku terasa nak sama-sama kerjakan lembu tu macam tahun-tahun sebelum ni...dulu aku mmg hantu bab korban ni..AHntu tgk org tumbangkan lembu...terasa nikmat bila tengok gelagat lembu nak di tumbangkan untuk disembelih.. ada teknik2 tertentu...lain tempat lain caranya.. ada jugak kadang2 aku tolong sama..nak belajar,..tengok saje tak jadik..bialah rasa skali gane..time mendebarkan adalah time nak sembelih..kalu ikatana tak kuat..alamak melepaslah lembu tu... lagi satu kita ni pun kene pegang jugak tau...jgn bagi die "gelepor"(ayat teranung)..kn xleh nak sembelih..ssh tau..lepas sembelih kene bia die tenanag dulu..then lepaskan tali...


lepas tu macam biasalah..lapah///....hehehe..oklah that all for now...



tak terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

video

Tuesday, December 2, 2008

Musim tengkujuh..

30 November meninggalkan satu kenangan yang mungkin tak dapat dilupakan oleh kami sekawan terutamanya tuan empunya kereta (zack)..kereta buatam malaysia..proton saga (iswara dulunya)...ni saga keluaran baru.. nak terjadinya tragedi rtersebut..maka tersebutlah kisah pada malam itu kami kuarlah pegi mkan...kiranya dalam kereta tersebut adalah 5 orang pemamdunya, zack, kero,leman, din and akulah yang duk belakang...memang pada mlm tu hujan tidak lagi berenti dari pagi lagi..so jln banyaklah yang ditengelami air...akibat peruty kami yang lapo..kami terpakselah kluar nak mencari makanan untuk mengeyangkan perut kami yang sedia lapo ini..maka kami pergilah ke sebuah restoran di Nyor 7 dalam kawasan besut ini jugak... antara jalan dari Kg. Raja ke Jertih..
ermmm...maka kejutan yang pertama kami hadapi adalah kawasan kedai tersebut yang ditenggelami air...mula2 terkezut jugak..tapi setelah dinilai kereta tersebut bolehlah lau...(kereta nasional katakan..hehehhe)..kami pun orderlah mknnan n kenyangkan perut kami...
maka bermulalah alkisah cite duka ini..jeng--jeng--jeng....
dalam perjalanan balik tersebut, kami melalui 1.trafik light...2 trafik light..kemudian di trafik llight yang keberapa entah..aku pun dah lupa..sebab aku tengah koya (berangan dengar lagu).. terdapatlah sekawan lembu...(3 ekor tuu)..yang seekornya duk di atas jln...maka si zack ni breklah ketenya..blom habis brek die pun pecut kembali...sbb die tgk lembu tu dah tak di laluan ketenya lagi... bila die pecut jek..maka gedebung..kedebek...eeekkkk...(bunyi brek tu).. aku pun terkezutlah..ape taknya ada lembu tergoleh tepi pintu tempat aku duduk..aku duk tepi belakang pemandu mlm tu...alkisahnya..lembu tu duduk atas devider jln..si zack ni tak nampak..sebab die perhatikan lembu yang kat tengah jln...ermm nak buat gane...dah terlanggar...taklah terus sangat..tapi korang bayangkanlah.,.kereta buatan malaysia...kene sket macanama...gitulah gambarannya,..tapi rugilah xde gambar kan...aku xde camera lagi nak ambik...nntlah aku update lagi bila2 masa akan datang..
moral value...jln memandu laju ketika hujan. awasi binatang yang dijalan..
yang kedua...korang oklah salah siapa sebenarnya ni...pemandu ke lembu ke atau siapa???
sian kawan aku...kereta rosak....