About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Saturday, October 31, 2009

Sekadar..

Assalamualikum...sudah dua bulan lebih aku tidak membuka blog ini..bukan tiada cerita..tetapi tiada masa..dan ditambah dengan internet yang terlalu lembab sekarang..ntah kenapalah sekarang makin menjadi2 lembabnya..ini aku di Song, umah sewe membe2 cvs..saje lepak sini kuar solat jumaat..bosan jugak duk di sekolah xde sape...kan...tu jek lah kot..nntlah kalu ada masa dan ketika aku titipkan lagi coretan tak seberapa ni

Sunday, August 16, 2009

Selamat Ulangtahun...



Permaisuriku....
Aku rela hidup dengan mu
Demi Bahagia
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita
Jaga dan Lena Ku kumtum kerinduan
Untuk mempersembahkan sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk dirimu
Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Untuk bersamamu
Ku binakan istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kau lah Permaisuri
Sambutlah cinta abadi
Gengam dan semat dihati
Manisnya asmara
Kekal selamanya




WAHAI SAYANGKU...
JIKA DISUATU HARI NANTI..
ENGKAU SEDANG MERASA SEDIH DAN BERDUKACITA
SERULAH AKU..
PASTI AKU AKAN SEGERA DATANG DISISI MU
WALAUPUN AKU TIDAK DAPAT MENGEMBIRAKAN MU KETIKA ITU
YANG PASTI..
AKU AKAN TURUT SERTA BERDUKA MENANGIS BERSAMA MU

WAHAI MANIS KU...
JIKALAU DISATU HARI NANTI
ENGKAU LIHAT LIDAHKU SUDAH MENJADI BISU DAN KELU
SEGERALAH DATANG KEPADA KU...
KERANA KETIKA ITU..
AKU SEDANG DI DALAM KERINDUAN
DAN SEDANG TERSANGAT DAHAGA KASIH SAYANG
MEMERLUKAN DIRI MU DAN KEHADIRAN MU....

AMPUNKAN KESALAHANKU
KUPINJAM RAUT WAJAHMU
HANYA KAU YANG KURINDU
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama (16 Ogos 2009 bersamaan 25 Syaaban 1430)

ikhlas dari suamimu yang amat menyayangimu

Saturday, August 15, 2009

kebosanan..(sambungan)

Hehehe..hampir terlupa aku...maaflah update lambat sket...maklumlah JPN nak datang sekolah.. sibukkan diri sket...kat sni aku nak sambung kisah kebosanan aku minggu lepas...korang nak tau..meh dekat sket noo..(kata org kedah)
Malam tu lepas aku siapkan keje tuu..aku terus tidolah..sebab xde geng nak keluar mlm tu.. esokkannya man(kawan sekampung aku )col ajak pegi kenduri kawin..tapi tak sempat sebab diorang dah nak bertolak sedang kan aku belum mandi lagi...hehehe..hari minggu lambat sket mandi..biasalah xkeje...
so sebab xde hal nak dilaksanakan..aku pun ikutlah kawan sebilik otel tu pergi ke Sanyan.. Sanyan ni salah satu bangunan pasaraya kat Sibu ni, kira kalu nak jumpe cikgu-cikgu semenanjung kat sinilah..sebab inilah tempat tumpuan depa semua ketika kluar menghabiskan duit gaji yang baru dapat...dalam bangunan ni lah terdapat Pizza Hut, KFC, dan berbagai-bagai kedai jualan..dan juga tidak ketinggalan Pakson..dan Giant..
Tujuan kami ke sini untuk mencari wireless router..jadi hanya kedai-kedai komputer sahajalah kami masuk...setelah pusing-pusing servey harga dan barang..kami berehat seketika..sambil2 tu aku suhlah kawan aku ni ambik gambar dengan henset baru dia tu(N95)..saje nak test...nilah bingkisan aku di Sanyan...






selepas itu kami ke PC Fair tidak jauh dari bangunan Sanyan..kat sini, tak sempatlah nak bergambar..terlupa, sebab hari terlalu panas..dah alang-alang aku jalan tu sempat juga sambar wireless untuk pakai kat sekolah...so blhlah aku online masa di sekolah...hehehe.aku bergegas balik ke hotel untuk solat zohor..maklumlah dah lewat..lepas tu aku rehat jap untuk solat asar..




that all for now..nantikan post terbaru plak nanti...




wasalam..

Saturday, August 8, 2009

Aku Dan Bot Express

Memang tidak dapat dinafikan aku dan bot tak dapat dipisahkan
Mana taknya..dah jalan utama di sini pun jalan air
Takkan nak naik keretapi kot
Selagi aku di sini BOT dan aku Tak dapat DI pisahkan


Beginilah selalunya aku ketika menaiki bot express..
Maaflah ni gambar 2 minggu lepas
Latest punya esok baru nak ambik
tu pun kalu sempat...hehehe
Sudah banyak kali aku menaikinya baru berpeluang bergambar..
Sekadar kenangan..hehehhe

Friday, August 7, 2009

Kebosanan....

Jumaat....hehehe keputusan adhok...kami kluar sibu...ntah kenapa lah selalunya time payday aje kami keluar ke sibu tapi kali ni awal bulan dah keluar balik ke sibu...kebosanan melanda kami di selibut..tuu belum lagi bulan puasa tu..aiii..ntahlah harap-harap nanti hilanglah bosan kami ni...
perkara first kami uat ..makan pizza...hehehehe..esok ntah apa nak buat plak...tapi malam ni siapkan kerja dulu..soorilah..xsempat nak bergambar so xde gambar lah.... just for updating..

Thursday, August 6, 2009

Syaaban...

Alhamdulillah dah lepas setengah bulan Syaaban dan sempat jugak aku berpuasa walaupun cuma dua hari...tinggal setengah bulan atau lebih kurang 15 Hari lagi untuk sampai ke bulan Ramadhan... tak sabar rasanya..tapi bila mengenangkan diri diperantauan..hanya sabar yang menemani diri dan isteri dan anak sebagai penguat semangat..terima kasih PERMAISURIKU....

Sunday, August 2, 2009

peliknya Dunia

Peliknya aku berkawan….


Assalamualikum…tidak lengkap hidup seseorang tanpa kawan. Tidak kiralah seorang, dua orang, tiga orang mahu pun ber orang-orang sebagai manusia kita tidak boleh lari dari mempunyai kawan. Kawan datang dari pelbagai peringkat, kawan dari sekolah, sekampung, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya pelbagai cara yang membuatkan kita mendapat kawan. Ada yang disengajakan dan ada juga kawan yang tidak disengajakan. Tetapi itu semua tidak penting, apa yang lebih penting bagaimanakah kita berkawan dan cara kita menghormati kawan tersebut. Tidak dinafikan juga berkawan juga mempunyai usia-usia tertentu. Itu semua adalah ketentuannya, kita cuma boleh berharap dan menghargai kawan yang berada disekeliling kita.

Di sini aku nak promote kenalan yang boleh aku katakan KAWAN. Tetapi bagi cara kami berkawan agak pelik sedikit. Mungkin bagi sesetengah orang ada pengalaman yang serupa dengan kami ini. Kami ni berkenalan secara accidently tai buka direct…sipi-sipi aje…melalui teleponlah… sepanjang kami berkawan lebih kurang 7 tahun lebih kot ..kami tidak pernah berjumpa sekali pun, walaupun pernah seketika kami tidaklah berapa jauh antara satu sama lain.. sesaat pun tidak pernah kami bertentang mata atau berselisih bahu.. Kuasa tuhan hanya Dia yang tau.. Tapi kami tak kisah sangat pasal tu, yang penting sampai sekarang dia masih kawan aku. Walaupun hanya dengan mesej di talipon ataupun chatting di YM. Ntah bila kami boleh berjumpa setentang mata pun tak tahu.. perancangan untuk bertemu sering ada tetapi kita Cuma merancang Dia yang menentukan… Nilah gambar yang aku curi dari die. Kalu mintak takde di baginya..sebab die ni ntahlah aku pun kadang-kadang tak paham.. Dulu die suruh anto balik tau gambar die,kalu aku tak anto dia kata tak halal…. Xpelah asalkan relationship kami masih utuh..ku harap ia sampai bila-bila, biapun kami tak dapat nak bertentang 6 mata…hehehh (die 4 sebab pakai spek, aku 2 aje).

Akmaliah Binti Yusoff
D.O.B : 3 APRIL 1982
STATUS: MASIH BUJANG (sape nak try blh lah…tu pun kalu mampu)
ASAL : BACHOK, KELANTAN
PEKERJAAN : GURU
TEMPAT MENGAJAR : LUBUK ANTU, SARAWAK

Monday, July 27, 2009

Seminggu bercuti......

ermmm..beginilah resam hidup diperantauan....tak semena-mena aku aku ditimpa musibah.. kesihatan tidak selalu baik..ada hari-hari sakit manjelma....begiru juga dengan diri ku...tiga hari aku terlantar di quater sekolah.hari ketiga aku ke klinik..tapi masih sama layanan dan membuatkan aku feed up...aku ambik keputusan untuk pulang berubat ke kampung..aku nekad..sebab sudah tiga kali aku sabar berubat disini tetai keadaan aku makin teruk.... untuk tidak menambahkan lagi beban diri, dan untuk kebahkan sakit ku ini..aku ke sibu dan terus ke airport..aku beli tiket on the spot dan trus pulang ke terengganu..
sampai di terengganu aku di sambut oleh isteri di airport...dan kami terus pulang..esokkan aku ke klinik seperti hajat ku pulang ke kampung...memang betul sangkaan ku..aku memang ada masalah kesihatan...patutlah batuk ku berlanjutan sampai ke 2 bulan...tetapi proses untuk mengetahui apa sebenarnya penyakit tersebut memakan masa yang lama, dan memerlukan beberapa proses pemerisaan...aku akur kerana kerja aku tidak dapat menangguhkan kan amanah ku..aku cuba berubat cara kampung jugak..alhamdulillah aku semakin pulih..tetapi urusan di klinik tidak aku tinggalkan...kedua cara aku usahakan..tapi apekan daa masa amat mencemburui aku..aku terpaksa pergi ke sarawak kembali untuk meneruskan tugasku.. mungkin di lain masa aku akan terus mencari penelesaian atas penyakit ku ini...harap-harap tidaklah serius...insyaallah...walaupun cuti seminggu(MC + CRK) tapi masa dihabiskan untuk berubat....dengan isteri dan anak disini aku cepat sembuh walaupun tidak sepenuhnya.. terima kasih isteriku....

Friday, July 10, 2009

PPSMI-pada pandangan aku

Keputusan PPMSI dimansuhkan pada pandangan aku,memang ada kebaikan dan keburukan dalam negara kita. Dan masa yang diperuntukkan untuk memansuhkannya juga adalah berpatutan iaitu 2 tahun lebih dari sekarang iaitu 2012..Kebaikannya adalah nasib anak bangsa kita akan terbela dengan memberikan ilmu kepada mereka dalam bahasa yang mereka fahami. Diharap nanti akan meningkatlah tahap kefahaman mereka dalam ilmu sains dan matematik, yang merupakan subjek penting dalam menuju wawasan 2020.. Mereka juka tidaklah tergesa-gesa hendak menerima sistem yang baru nanti jika dilaksanakan sekarang.Ini memberikan masa untuk mereka menyesuaikan diri dan tidaklah akan menyukarkan pelajaran mereka nanti..Keburukannya pula mestikan berkenaan dengan kos yang telah dibazirkan dalam pelaksanaannya. Macamana dengan buku-buku yang telah dicetak dalam BI, BBM , CD dan sebagainya..semua itu merupakan kos yag mungkin boleh disalurkan kepada perkara yang lebih penting dalam pembangunan kerajaan. Dan kos untuk mencetak kembali buku-buku yang akan digunakan dalam tahun 2012 nanti.. Begitulah sedikit sebanyak pada pandangan aku..

Cerita hal semasa

ermm...Assalamualikum semua...sudah lama tidak aku menulis dalam blog ini..bukan ape..internet kurang memuaskan dan selalu jemm..hehehe..selain xdalah cerita sangat nak tulis.. ermm..sekolah aku walupun P1 ALHAMDULILLAH ada line telefon sesetengah tempat.. jadi tidaklah aku mati akal bertayakan khabar anak isteri aku di kampung halaman..dan ibubapa yang aku sayangi.. maklumlah sekarang banyak penyakit melanda..aku sendiri pun batuk tak kebah-kebah..dah nak masuk 2 bulan dah..Alhamdulillah semuanya sihat dikampung kecuali Aboh ku yang baru baik dari demam. Biasalh orang tua..bukan selalu sihat..begitu jugak orang muda.diharap semuanya baik-baik belaka..


Al-kisahnya aku disini plak...


Sekarang aku dah tak pegang rotan lagi masa mengajar..aku ubah pendekatan berhemah dan cara mendenda murid-murid disini..selain faktor batuk aku yang sering mengganggu pengajaran, aku cuba untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang berbeza kali ini..rotan bukan lagi satu pendekatan bagi mangajar disini..aku harap batuk ku cepat2lah hilang agar aku dapat memenuhi visi aku disini...walaupun hati aku sebenarnya di kampung..aku cuba untuk menjalankan tugas aku sebaik mungkin disini..bialah mendung kelabu yang sedang menyelubungi langitku pergi berlalu di hembus angin yang bertiup..dalam keadaan begini memang tidak dapat dinafikan mood sesorang mempengaruhi pengajaran di dalam kelas..but i'm be a professional man..pasal masuk ke kelas itu aku tidaklah banyak masalah sangat kerana memang itu yang aku mahukan dan memang itupun pekerjaan aku disini..tetapi pasal hal luar kelas yang membuatakn belum dapat menerima lagi..ntahlah sampai bila aku hendak begini... aku biakan ia berlalu pergi tanpa aku mancari solutionnya..malas sebenarnya aku kerana sistem yang tidak berapa betul dan tidak aku terima...aku biakan ia selesai sendiri ataupun sistem dibetulkan...mungkin masa itu barulah aku boleh menerimanya..so sekarag aku cuma wait n see ajee....(MALAS)..
keadaan sekolah plak rasanya baik bagi aku..cuma sekarang ni sering hujan dan air paip umah aku sering kotor dek kerana ia direct dari takungan sungai di atas bukit..so perit jugak nak meneguk walaupun sudah masak..mandi pun dengan air yang nak ala-ala teh susu yang tak sukup teh dan susu..tapi itu semua tidaklah membebankan sangat.bagi aku..cuma hujan ini mambawa kebaikan kepada cikgu-cikgi yang duduk diatas untuk menjadi sumberbakalan air mereka.jika panas berpanjangan maka tidak ada airlah mereka..tetapi yang aku heran tu, hujanna bukan main lebat...dan lama..tetapi tidak jugak air sungai naik-naik..jalan pengankutan utama bagi kami disini..kalau airnya naik tidak lah kami disini susah kena tolak perahu semasa keluar masuk kesini..ntahlah itu semua kuasa tuhan..sungai disini pun dah berubah dah..semakin banyak batu dan tanah pasir yang timbul di tengah-tengah sungai..jadi kami terpakse mencari jalan baru untuk keluar masuk ke sini..ermm itu saja untuk info semasa aku disini.sekadar melakar apa yang terbenak dikepala...

Thursday, June 25, 2009

Terkilan...

ermmm..sekian lama aku mencuba untuk meng Upload gambar dan video anak ke blog ni tetapi gagal... sesekali terasa putus asa plak..tapi demi anak dan kawan-kawan yang nak melihat cahaa mata pertama kami ini..aku akan berusaha lagi di lain hari...doakan aku berjaya....caukkk...cayukkk

Thursday, June 18, 2009

Nur Adlina Nabihah Binti Mohd Noraswadi

16 jun 2009..maka termaktublah di surat beranak yang didaftarkan di JPN Kuala Terengganu pada jam kira-kira 4.30 ptg. Nur Adlina Nabihah yang bermaksud Cahaya Keadilan kita Yang Pintar / yang cergas, nilah bingkisan gambar-gambar sepanjang hari yang dapat dirakam...gelagat "orang baru"....






Monday, June 15, 2009

13 Jun 2009....

Dumm..Dum...Dummm.Dummm...Dumm...Dumm....


Hai orang-orang kampung sekalian..ini ada berita gembira....aku dah jadi BAPAK!!!!!.. hehehehhe

Alhamdulillah kami telah dikurniakan seorang puteri yang comel pada tarikh keramat ini...Isteriku Juwairaih selamat melahirkan bayi comerl seberat 2.46kg pada pukul 8.07 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu...

Hari pertama melihat dunia
Letihnya nak kuar tgk dunia..hehehe

Thursday, June 4, 2009

SK NAnga Selibut( sambungan)

BERGINILAH KEADAANNYA SEKOLAH NANGA SELIBUT...pelbagai posisi lah gamabr tu..selamat menelitilah ek...hhehehe..tak tau nanti tyalah..k..


Ni Dewan makan dan asrama lelaki di kaki bukit..




Ini plak umah staff (cream+coklat)


permandangan seluruh sekolah dari umah ats bukit Hujung skali umah tuith tu..umah aku duduk..hehehe


Dewan Mkn da sebelhnya tu asrama pompuan.. bagunan sekolah (putih atap biru)



permandangan dari jeti sekolah..





perbagai sudut gamabr.....



Dah 9 bulan

Dalam Kete nok anto eriey gi keje...
Possing jap..lama tok gamabo berdue...pagi tadi...

aiii..dalam kete lagi...anto isteri gi keje..


Possing dalam Maydin Mall..lepas beli camera,,,hadiah birthday isteriku..


ermmm....pejam celik dah nak masuk 10 bulan dah aku dan eriey kawin...kandungan eriey pun dah masuk 8 bulan...tgal sebulan lagi insyaallah bertambahlah ahli keluarga kami..dari berdua nanti bertiga lah plak..tak sabo rasanya...nilah gambar-gambar terbaru kami...baru nak belajar bergambar,..heheheh

Udang Galah goreng tumis

Hai...ermm..ni lah lauk yang Isteri aku masak 2 ari lepas..Udang ni aku bawak balik dari Sibu masa balik terengganu hari tu.. taklah mahal sangat RM 27 sekilo..adalah dalam 15 ekor kot sekilo, tak pun kurang lagi....udang galah ni memang glamor kat sarawak nun..sesape yang duk dekat ngan sungai memang boleh makan hari-harilah kau depa mangail.mudah nak dapat.besar-besar...bagi yang minat memancing di sarawak ni bagai syurgalah..banyak tempat-tempat dan anak-anak sungai untuk memncing. tak kira udang maupun ikan..besar2 hasilnya.. ermm oklah..selamat menjamu selera...
Bestt.....

Bestnya isteri aku masak...ermmm..yumm..yummm

Monday, June 1, 2009

SK NANGA SELIBUT

Penubuhan SK Nanga Selibut bermula apabila penduduk di beberapa buah rumah panjang kian sedar tentang keperluan dan kepentingan sekolah. Mesyuarat diadakan dan mereka sebulat suara mendirikan sekolah diseberang muara Sungai Selibut. Mereka juga bersetuju melantik Tuai Rumah Jeluing sebagai Pengerusi Jawatankuasa sekolah. Sekolah mula beroperasi pada tahun 1965 yang mana guru yang berkhidmat sebagai pemimpin utama iaitu En. Wong. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini datangnya dari Rumah Usit, Rumah Panau, Rumah Jawa, Rumah Nyala, Rumah Sugai, Rumah Gindi, Rumah Meling, Rumah Lasa dan Rumah Bada yang merangkumi 9 buah rumah panjang. Penduduk empatan telah mendirikan beberapa buah kelas dan rumah guru secara gotong-royong. Beberapa tahun kemudian, bangunan lama telah digantikan dengan bangunan konkrit. Sehingga kini, kemudahan sekolah boleh dikatakan agak lengkap dengan 6 buah kelas tahun satu hingga enam, sebuah kelas pra sekolah, sebuah kelas pemulihan, gabungan sebuah bilik komputer dan pusat sumber sekolah dan sebuah stor buku teks. Sekitar kawasan sekolah juga telah ditanam dengan pokok-pokok bunga dan didirikan pondok rehat serta pondok bacaan bagi kegunaan pelajar. Perubahan yang ketara telah mula nampak dari mula sekolah ditubuhkan. Kini, telah 44 tahun sekolah ini beroperasi. Dan kini aku penerus pendidik di sekolah ini.....

Friday, May 1, 2009

Sungai Song....

Sungai Song….



Sabtu 25 April 2009, menjadi detik yang menggamit kerisauan pada aku hari ini. Ini kerana keadaan sungai Song yang surut menggambarkan musim kemarau yang bakal tiba tidak lama lagi di sini. Air menjadi terlalu cetek dan perahu yang kami gunakan untuk berulang-alik keluar dari sekolah ke pekan tidak dapat lalu dengan lancar. Ini kerana keadaan air yang cetek menyebabkan perahu kami naiki tersekat pada pasir-pasir di lantai sungai dan juga pada batu-batu di kawasan yang berbatu.

Sebelum ini, air memang penah cetek dan aku penah tolak perahu, tetapi hari ini air sungai memang terlalu cetek dan kami terpakse menolak banyak tempat dan lama kami monolak. Sekali lagi aku terpakse menolak perahu hari ini, dan yang lebih teruk lagi keadaan aku yang tidak berapa sihat membuatkan aku cukup letih monolak perahu kawasan cetek berpasir dan kadang-kadang berbatu. Tambah malang lagi semasa menolak perahu, henset aku terjatuh ke dalam sungai dan nasib baik sempat aku sambar kembali. Akibat daripada kejadian itu terpakse aku jemur di panas mentari untuk mengeringkannya. Masih boleh di guna tetapi tidak seperti dulu lagi. Ada yang tidak berfungsi. Keaddan panas yang terik juga membuatkan aku bagai membuat kerja berat semasa menolak perahu tersebut. Terlalu berat rasana walaupun sebenarnya ia tidaklah terlalu berat.

Masih lagi terfikir di benak ku ini. Beginikah nasibku selama disini.?? Sampai bila…bagaimana jika aku tidak dapat transfer??jika aku bawa anak isteri ku… semuanya bermain-main di benakku..aku harap ia tidak lama.. semoga permohonan aku diluluskan..

Friday, April 24, 2009

Menteri Pelajaran


Sekalung tahniah diucapkan kepada Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN diatas perlantikan menjadi Menteri Pelajaran yang baru. Tahniah juga atas pelantikan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Pertama Kali

Pertama kali……

Tanggal 5hb Jan 2009 merupakan detik bersejarah kepada diriku dan isteriku kerana pada hari ini aku meninggalkan isteriku di kampung untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik (GURU). Perjalanan aku mulakan dari rumah mertua aku di Bukit Payung dengan menaiki kereta KELISA ku. Sampai di Paka aku mengambil kawan semaktab dengan ku dan kami pun meneruskan perjalanan kami ke KL untuk menaiki kapal terbang ke SARAWAK. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami sampai di K.Lumpur dan kami terus ke Putrajaya untuk sedikit urusan dan kami singgah sekejap di Alamanda Mall untuk mengalas perut. Pertama kali juga bagi aku merasakan Berger Kings. Itupun kerana kawan yang ajak. Kemudian kami bermalam di rumah abang aku di Puncak Alam kerana flight kamu di jadualkan pada ke esokkan harinya 6hb Jan 2009 pukul 2.30ptg. Aku minta tolong abang aku hantar kan dan aku tinggalkan kereta aku di rumahnya. Kami tiba di KLIA lebih kurang jam 11 pagi, itulah pertama kali aku melihat dan menjejakkan kaki aku di KLIA, lapangan terbang kebanggaan Malaysia.


Lapangan Terbang KLIA

kapal terbang A380,(kapal terbang pertama aku naiki)

Setelah beberapa jam menunggu, berita yang tidak mengembirakan sampai kerana sepatutnya flight kami adalah pukul 12.30 tghari tadi tetapi pihak MAS tidak memaklumkan kepada pihak KPM untuk dimaklumkan kepada kami. Jadi kami seramai 20 orang semuanya telah terkandasdan dijadualkan terbang semula pada keesokkan harinya pukul 8.30 pagi. Jadi kami ditempatkan di sebuah hotel berdekatan dengan tanggungan KPM. Pagi esoknya selepas subuh kami terus ke KLIA dengan menaiki bas lapangan pelancong untuk check in. Kali ini kai berjaya meloloskan diri ke pintu check in dan terus ke perut kapal terbang. Itulah pegalaman pertama aku menaiki kapal terbang, berdebar jugak rasanya bila ia mula berlepas dari lapangan terbang KLIA. Kami tiba di lapangan terbang Sibu lebih kurang pukul 11 pagi kalu tidak salah ingat aku. Proses imegresen memakan masa agak lama kerana ramai penumpang, kemudian kami di bawa ke Kingwood Hotel dengan bas yang di tempah khas oleh PPDG Kapit di Sibu. Perjalan ke Hotel memakan masa lebih kurang sejam perjalan dari airport. Sampai di hotel tersebut kami di arahkan untuk makan tengahari kerana kesemua guru-guru baru yang telah lama sampai termasuk kami akan menaiki bot express ke PPD masing-masing. Di situlah kami diberi surat penempatan sekolah masing-masing. “P3” itulah title sekolah yang aku dapat SK NANGA JANAN, dalam daerah song. Dalam pukul 2 lebih kami pun menaiki express dalam hujan yang agak lebat menuju ke pekan Song dan Kapit. Perjalanan ke Song memakan masa lebih kurang 2 jam lebih kerana bot ekspres yang dibawa lebih muatan dan berjalan perlahan. Aku sampai di Song lebih kurang pukul 4 petang dan belum pun sempat aku menjejakkan kaki ke jeti kami telah dipanggil oleh GB dan PK 1 SK NANGA JANAN untuk menaiki perahu panjang masuk ke sekolah kerana mereka telah lama menunggu setelah memberikan taklimat kepada yang telah sampai awal. Pening kepala aku lega sedikit, setelah kena kedinginan angin sepoi-sepoi bercampur hujan renyai-renyai menaiki perahu tersebut. Kami seramai 7 orang guru baru (semuanya lelaki) menaiki 3 buah perahu. Di pertengahan perjalanan kami singgah di sekolah NANGA NANSANG sekejap untuk menunggu sebuah lagi perahu (PK1) yang agak ketinggalan dibelakang kerana hari sudah gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 ptg. Setelah berehat sebentar di situ, sempat lagi minum air milo panas untuk menghangatkan badan yang kesejukan berada di hutan yang hujan. Perjalanan diteruskan dan hamper pukul 7 ptg kami pun samapi di sekolah Nanga Janan. Itulah pengalaman PERTAMA aku sampai sekolah di SARAWAK dalam masa lebih kurang 24 jam dari KLIA. Kalu orang perasan terlalu banyak perkara “PERTAMA KALI” yang terjadi dalam hidup aku dalam menjadi pndidik ini. Pengalaman yang tidak akan aku lupakan dan pengalaman yang meletihkan.

Bersambung………………

Bot Ekspress yang beroperasi si sungai rejang dari sibu-song-kapit

waff atau jeti pekan Song 2 jam perjalan dari sibu,

Perahu panjang yang menjadi pengangkutan utama kami masuk ke sekolah

(ni gamabar Bot yang mengambil kami di waff Song pada pertama kali datang ke sini)


SEKOLAH NANGA JANAN

Friday, March 27, 2009

maaf

ASSALAMUALAIKUM..MAAF SEMUA..KESULITAN AMAT DIKESALI...TIDAK DAPAT AKU NAK MENERUSKAN PENULISAN BLOG INI BUAT SEMENTARA WAKTU....TAPI AKU AKAN LUANGKAN MASA JUGAK NANTI...
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA..SEKARANG AKU BERADA DI SARAWAK.FIRST POSTING AKU DALAM SESI MENJADI PENDIDIK...DAN PERTAMA KALI AKU BERADA DI BORNEO, SARAWAK DALAM HIDUP AKU...BANYYAK PENGALAMAN YANG HENDAK AKU KONGSIKAN DENGAN KORANG SEMUA..TETAPI KORANG KENE TUNGGULAH DULU UNTUK AKU KOMPILEKAN SEMUANYA..BAHAN PUN ADA YANG TAK BERAPA CUKUP... INSYAALLAH AKU AKAN USAHAKAN...LAGI PUN AKU BAKAL MENJADI AYAH PADA TAHUN INI...ERMMMM

SEKIAN DULU UNTUK KALI INI
(AKU BERADA DI SIBU:OUTING)

Friday, January 2, 2009

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ( P.0.36 )


P0.36 Parlimen Kuala Terengganu yang dulunya dimenangi BN (Datuk Razali Ismail). Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Hj Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas hanya mendapat 685 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu, terdapat 1,357 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dan 1,089 dikira sebagai undi manakala 157 ditolak. Daripada 1,089 kertas undi pos yang dikira, 999 undi memihak kepada calon BN. Kini medan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bersidang lagi kerana penyandangnya telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang 28 November 2008.

Siapa agaknya yang akan menggantikan tapok Parlimen Kuala Terengganu ini nanti??
Ini calon-calon yang akan bertanding dalam PRK P 0.36 pada 17 Jan 2008.




Senator Datuk Wan Ahmad Farid (BN)




Harun @ Ab Rahman Mohamad (AKIM)





Maimun Yusuf (Bebas)


Isma Airfath Hassanuddin (Bebas)



Hj Abd Wahid Endut (PAS)