About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Monday, July 27, 2009

Seminggu bercuti......

ermmm..beginilah resam hidup diperantauan....tak semena-mena aku aku ditimpa musibah.. kesihatan tidak selalu baik..ada hari-hari sakit manjelma....begiru juga dengan diri ku...tiga hari aku terlantar di quater sekolah.hari ketiga aku ke klinik..tapi masih sama layanan dan membuatkan aku feed up...aku ambik keputusan untuk pulang berubat ke kampung..aku nekad..sebab sudah tiga kali aku sabar berubat disini tetai keadaan aku makin teruk.... untuk tidak menambahkan lagi beban diri, dan untuk kebahkan sakit ku ini..aku ke sibu dan terus ke airport..aku beli tiket on the spot dan trus pulang ke terengganu..
sampai di terengganu aku di sambut oleh isteri di airport...dan kami terus pulang..esokkan aku ke klinik seperti hajat ku pulang ke kampung...memang betul sangkaan ku..aku memang ada masalah kesihatan...patutlah batuk ku berlanjutan sampai ke 2 bulan...tetapi proses untuk mengetahui apa sebenarnya penyakit tersebut memakan masa yang lama, dan memerlukan beberapa proses pemerisaan...aku akur kerana kerja aku tidak dapat menangguhkan kan amanah ku..aku cuba berubat cara kampung jugak..alhamdulillah aku semakin pulih..tetapi urusan di klinik tidak aku tinggalkan...kedua cara aku usahakan..tapi apekan daa masa amat mencemburui aku..aku terpaksa pergi ke sarawak kembali untuk meneruskan tugasku.. mungkin di lain masa aku akan terus mencari penelesaian atas penyakit ku ini...harap-harap tidaklah serius...insyaallah...walaupun cuti seminggu(MC + CRK) tapi masa dihabiskan untuk berubat....dengan isteri dan anak disini aku cepat sembuh walaupun tidak sepenuhnya.. terima kasih isteriku....

Friday, July 10, 2009

PPSMI-pada pandangan aku

Keputusan PPMSI dimansuhkan pada pandangan aku,memang ada kebaikan dan keburukan dalam negara kita. Dan masa yang diperuntukkan untuk memansuhkannya juga adalah berpatutan iaitu 2 tahun lebih dari sekarang iaitu 2012..Kebaikannya adalah nasib anak bangsa kita akan terbela dengan memberikan ilmu kepada mereka dalam bahasa yang mereka fahami. Diharap nanti akan meningkatlah tahap kefahaman mereka dalam ilmu sains dan matematik, yang merupakan subjek penting dalam menuju wawasan 2020.. Mereka juka tidaklah tergesa-gesa hendak menerima sistem yang baru nanti jika dilaksanakan sekarang.Ini memberikan masa untuk mereka menyesuaikan diri dan tidaklah akan menyukarkan pelajaran mereka nanti..Keburukannya pula mestikan berkenaan dengan kos yang telah dibazirkan dalam pelaksanaannya. Macamana dengan buku-buku yang telah dicetak dalam BI, BBM , CD dan sebagainya..semua itu merupakan kos yag mungkin boleh disalurkan kepada perkara yang lebih penting dalam pembangunan kerajaan. Dan kos untuk mencetak kembali buku-buku yang akan digunakan dalam tahun 2012 nanti.. Begitulah sedikit sebanyak pada pandangan aku..

Cerita hal semasa

ermm...Assalamualikum semua...sudah lama tidak aku menulis dalam blog ini..bukan ape..internet kurang memuaskan dan selalu jemm..hehehe..selain xdalah cerita sangat nak tulis.. ermm..sekolah aku walupun P1 ALHAMDULILLAH ada line telefon sesetengah tempat.. jadi tidaklah aku mati akal bertayakan khabar anak isteri aku di kampung halaman..dan ibubapa yang aku sayangi.. maklumlah sekarang banyak penyakit melanda..aku sendiri pun batuk tak kebah-kebah..dah nak masuk 2 bulan dah..Alhamdulillah semuanya sihat dikampung kecuali Aboh ku yang baru baik dari demam. Biasalh orang tua..bukan selalu sihat..begitu jugak orang muda.diharap semuanya baik-baik belaka..


Al-kisahnya aku disini plak...


Sekarang aku dah tak pegang rotan lagi masa mengajar..aku ubah pendekatan berhemah dan cara mendenda murid-murid disini..selain faktor batuk aku yang sering mengganggu pengajaran, aku cuba untuk menyampaikan ilmu dengan cara yang berbeza kali ini..rotan bukan lagi satu pendekatan bagi mangajar disini..aku harap batuk ku cepat2lah hilang agar aku dapat memenuhi visi aku disini...walaupun hati aku sebenarnya di kampung..aku cuba untuk menjalankan tugas aku sebaik mungkin disini..bialah mendung kelabu yang sedang menyelubungi langitku pergi berlalu di hembus angin yang bertiup..dalam keadaan begini memang tidak dapat dinafikan mood sesorang mempengaruhi pengajaran di dalam kelas..but i'm be a professional man..pasal masuk ke kelas itu aku tidaklah banyak masalah sangat kerana memang itu yang aku mahukan dan memang itupun pekerjaan aku disini..tetapi pasal hal luar kelas yang membuatakn belum dapat menerima lagi..ntahlah sampai bila aku hendak begini... aku biakan ia berlalu pergi tanpa aku mancari solutionnya..malas sebenarnya aku kerana sistem yang tidak berapa betul dan tidak aku terima...aku biakan ia selesai sendiri ataupun sistem dibetulkan...mungkin masa itu barulah aku boleh menerimanya..so sekarag aku cuma wait n see ajee....(MALAS)..
keadaan sekolah plak rasanya baik bagi aku..cuma sekarang ni sering hujan dan air paip umah aku sering kotor dek kerana ia direct dari takungan sungai di atas bukit..so perit jugak nak meneguk walaupun sudah masak..mandi pun dengan air yang nak ala-ala teh susu yang tak sukup teh dan susu..tapi itu semua tidaklah membebankan sangat.bagi aku..cuma hujan ini mambawa kebaikan kepada cikgu-cikgi yang duduk diatas untuk menjadi sumberbakalan air mereka.jika panas berpanjangan maka tidak ada airlah mereka..tetapi yang aku heran tu, hujanna bukan main lebat...dan lama..tetapi tidak jugak air sungai naik-naik..jalan pengankutan utama bagi kami disini..kalau airnya naik tidak lah kami disini susah kena tolak perahu semasa keluar masuk kesini..ntahlah itu semua kuasa tuhan..sungai disini pun dah berubah dah..semakin banyak batu dan tanah pasir yang timbul di tengah-tengah sungai..jadi kami terpakse mencari jalan baru untuk keluar masuk ke sini..ermm itu saja untuk info semasa aku disini.sekadar melakar apa yang terbenak dikepala...