About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Tuesday, August 3, 2010

Pantai Tok Jembal merupakan salah satu antara deretan pantai yang menyusuri negeri Terengganu. Pantai ini merupakan pantai yang bersebelahan dengan pantai Mengabang Telipot yang juga terletak di daerah Kuala Terengganu. Pantai ini lebih dekat kedudukannya dengan Intitut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UDZA. Tidak hairanlah pantai ini menjadi tumpuan para pelajar terutamanya dan juga pengunjung luar untuk beriadah disini.





Aktiviti yang biasa dijalankan disini ialah berkelah, memancing dan bermain kuda. Untuk pengetahuan umum pantai merupakan antara pantai yang terkenal dalam aktiviti memancing. Ramai pemancing menghabiskan masa petang meraka dengan memancing di sini. Dan pantai ini juga pernah dijadikan lokasi kejohanan memancing. Tapak permainan untuk kanak-kanak juga disediakan bagi mereka yang ingin membawa anak-anak mereka bermain di pantai ini.



Kami pon tidak ketinggalan untuk beriadah disini walaupun jauh sedikit tempat kediaman. Selesai beriadah, boleh tengok permandangan malam di ibu kota Kuala Terengganu. Terutamanya permandangan di Bukit Besar, cantik dan menawan.



No comments: