About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Saturday, November 20, 2010

Relah di tengah hujan

Meningkatnya usia seorang anak, maka bertambah juga tingkahlakunya. Begitu juga dengan Nur Adlina Nabiha, puteri sulong kami ini. Pengalama pertama bermain di taman permain kanak-kanak tidak dilupakan apabila sering mangajak kami untuk bermain di taman permianan kanak-kanak lagi. Walaupun di usia satu tahun setengah, Adlina tidak boleh bercakap lagi, tetapi telatah dan kenginannya dapat dibaca apabila sering 'mengamuk' bila ternampak taman tersebut terutamanya bila menaiki kereta. Bagi tidak menghampakan harapan puteri kami, hari ini kami membawanya bermain di taman permainan kanak-kanak berhampiran masjid terapung di Kuala Ibai. Walaupun awan menunjukkan kemendungan, tetapi ku tetap pergi juga untuk membolehkan adlina nabihah bermain walaupun sekejap.



Kami sanpai lebih kurang pukul 5.40 petang dan terdapat ramai kanak-kanak serta ibubapa yag sedang beramain di situ. Terpampang penuh keceriaan yang di wajah anak kami ini tatkala kami sampai di taman tersebut. Botol dan keropok lekor di tangan terus di buang untuk bermain di taman tersebut. Tetapi masa bermain tidak lama kerana awan gelap tadi telah mencurahkan hujan. Kami berteduh di bawah pondok berhampiran sambil menikmati keropok lekor yang dibeli tadi.



Gelagat nabihah bermain


Pondok tempat berteduh tatkala hujan

Kami ingatkan hujan sekejap sahaja, tetapi berlarutan sampai ke petang. Hajat kami untum bermaian brsama nabihah di taman permainan tersebut tidak dapat diteruskan lagi kerana hujan tidak berhenti-henti. Ramai juga pengunjung yang ada di sana, termasuk ada dua pasangan pengatin yang membuat 'out door album' bagi mengabadikan kenagan perkahwinan mereka dengan pakaian pengantin. Kebanyakan mereka bertduh di pondok-pondok berhampiran sambil makan-makan dan ada juga sambil berbual menunggu hujan reda. Ada juga yang terus pulang ke rumah masing-masing. Kami juga turut pulang lebih kurang jam 6.35 petang.


Pengunjung berpusu pulang ke rumah

2 comments:

Anonymous said...

koho comey nabihah...
uuuh..tengok gambar hujan pun wase sejuk doh..

Mohd Noraswadi Mohamad said...

ermmm..bile nok balik main hujan???