About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Friday, January 2, 2009

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ( P.0.36 )


P0.36 Parlimen Kuala Terengganu yang dulunya dimenangi BN (Datuk Razali Ismail). Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Hj Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas hanya mendapat 685 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu, terdapat 1,357 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dan 1,089 dikira sebagai undi manakala 157 ditolak. Daripada 1,089 kertas undi pos yang dikira, 999 undi memihak kepada calon BN. Kini medan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bersidang lagi kerana penyandangnya telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang 28 November 2008.

Siapa agaknya yang akan menggantikan tapok Parlimen Kuala Terengganu ini nanti??
Ini calon-calon yang akan bertanding dalam PRK P 0.36 pada 17 Jan 2008.




Senator Datuk Wan Ahmad Farid (BN)




Harun @ Ab Rahman Mohamad (AKIM)





Maimun Yusuf (Bebas)


Isma Airfath Hassanuddin (Bebas)



Hj Abd Wahid Endut (PAS)

1 comment:

kristyeshabella said...

bt penulis..
sy slh sorg pembaca blog ini dan berasal dr Song sarawak.. iaitu dr Rumah Gindi. sy berasa sgt teruja dgn blog penulis y menceritakan tentang perihal tempat sy.
terima kasih bt penulis..

*qistyeshabella*
-Johor-