About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Friday, January 2, 2009

Sambal Daging

Sambal Daging memang terkenal di pantai timur.. Itulah makanan yang sering kita jumpa di kala musim perayaan macam Hari Raya Puasa dan Hari Raya Aidiladha..ia sedap dimakan bersama ketupat pulut, ketupat nasi, lemang atau pun boleh dimakan dengan nasi putih dibuat lauk. Oleh kerana sedapnya sambal ini..sudah ramai yang membuat dan menjualnya. Kebanyakan pembuatnya adalah dikalangan orang-orang pantai timur kerana ia memang terkenal di sini. Rasanya tak ada pembuat sambal daging di tempat-tempat lain. Di pasaran harganya boleh mencecah sampai RM45-RM70 sekilogram. Maklumlah daging mahal dan cara membuatnya pun memakan masa yang lama. Proses menghasilkannya boleh memakan masa selama setengah hari. Bahan-bahannya pun banyak digunakan. Jadi tidak hairanlah harganya mahal dipasaran. Di Terengganu ia boleh didapati di Pasar Payang. Ramai pengunjung-pengunjung dari luar datang membelinya disitu.
Itu sekadar intro ajer, yang sebenarnya hari ini aku sekali lagi berpeluang membuat sambal daging untuk di bawa ke seberang. Dengar kata kat sana susah nak dapatkan lauk, so ni just preparation aje.. Takut nanti kurus plak aku tak makan nasi..susah tau nak gemukkan badan ni. Lagi pun dah lama kau tak membuatnya, jadi untuk refresh balik aje.Nanti kat seberang tak susah untuk aku membuat sendir nanti. Maklumlah kat tempat orang, kita kenalah pandai bawa diri.. mana tau kot-kot nanti boleh buat bisnes, jual kat seberang.

Ini Resepinya (SAMBAL DAGING)

Bahan-Bahan:
Bahan dikisar:


500 gm bawang merah, 2 cm lengkuas, 5 batang serai, 10 ulas bawang putih, 1 cm halia, Garam, Gula
1 kb daging batang pinang, 1 ½ biji kelapa, 10 gm jintan manis, 15 tangkai cili kering


Cara:
Rebus daging sehingga empuk kemudian dicarik-carik sehingga halus.Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan ia untuk memerah santan.Perah pati santan lebih kurang tiga cawan. Masukkan pati santan bersama bahan yang telah dikisar dan jerang di atas api yang sederhana besar.Bila hampir kering masukkan daging yang telah dicarik dan masukkan rempah biji yang terlebih dahulu telah disangai (goreng tanpa minyak), garam dan gula secukup rasa.Kacau sehingga kering atau mengikut citarasa anda.

No comments: