About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Friday, July 10, 2009

PPSMI-pada pandangan aku

Keputusan PPMSI dimansuhkan pada pandangan aku,memang ada kebaikan dan keburukan dalam negara kita. Dan masa yang diperuntukkan untuk memansuhkannya juga adalah berpatutan iaitu 2 tahun lebih dari sekarang iaitu 2012..Kebaikannya adalah nasib anak bangsa kita akan terbela dengan memberikan ilmu kepada mereka dalam bahasa yang mereka fahami. Diharap nanti akan meningkatlah tahap kefahaman mereka dalam ilmu sains dan matematik, yang merupakan subjek penting dalam menuju wawasan 2020.. Mereka juka tidaklah tergesa-gesa hendak menerima sistem yang baru nanti jika dilaksanakan sekarang.Ini memberikan masa untuk mereka menyesuaikan diri dan tidaklah akan menyukarkan pelajaran mereka nanti..Keburukannya pula mestikan berkenaan dengan kos yang telah dibazirkan dalam pelaksanaannya. Macamana dengan buku-buku yang telah dicetak dalam BI, BBM , CD dan sebagainya..semua itu merupakan kos yag mungkin boleh disalurkan kepada perkara yang lebih penting dalam pembangunan kerajaan. Dan kos untuk mencetak kembali buku-buku yang akan digunakan dalam tahun 2012 nanti.. Begitulah sedikit sebanyak pada pandangan aku..

No comments: