About Me

My photo
Simple man...n sensitive but open mind

Thursday, December 25, 2008

Persahabatan....

Tahun 2008 banyak mengajar aku erti persahabatan. Terlalu ramai orang yang aku kenali tetapi hanya beberapa orang sahaja akan aku ceritakan di sini. Din , Eg,dan su (mek su), dan memang tidak terlepas dari pandangan orang bila melihat kami suatu ketika dahulu.. keakraban kami menjadi buah mulut ramai mata-mata yang memandang.. mereka bertiga aliran matematik dan aku pula sains. kami sama-sama menjejakkan kaki ke bumi IPSMB dengan title "Second intake". Perkenalan kami bermula di minggu orientasi dengan malu-malu kucing pada mulanya. Tapi nasib baik ada Din merangkap Roomate aku.. die ni memang open minded dan baik hatilah jugak..hehehe. kalu nak di ikutkan aku ni cuma memenuhi ruang aje..sebab mereka sekelas..aku cuma masuk sebab aku roomate dengan din. din ni plak mmg baik ngan minah berdue ni..minah bujang n baik hati..yang penting open minded. sebab itulah kami blh rapat..keluar makan bersama.. jalan2 bersama..begitulah seadanya.tapi aku banyak ketinggalan dalam banyak perkara bersama mereka.maklumlah aku ni budak sains mereka matematik. so mase kami berbeza.. bila berkesempatan aje aku akan bersama mereka.. kerana itu bermulalah keretakkan hubungan aku dengan mereka. memang susah nak jaga semua hati orang kan. tetapi dengan daya yang ada aku cuba untuk kekalkan hubungan yang terjalin antara kami.. kerana mereka sahabat yang baik, tidak berkira. Eg, walaupun dari kelauarga berada, tetapi die tak pernah sombong dan kedekut. meksu pula ceria memanjang..tetapi sensitif.suaranya memang best dan menjadi rujukan lagu-lagu semasa...din ni lagilah..bagaikan tiada masalah langsung di benaknya..kalu dalam kereta takde lain..menyanyi aje kejenye..hehehhe..nak jadi artislah konon..

Saat bersama memang indah.. nyanyian dan lawak menjadi pengerat hubungan..maklumlah depa2 ni minat lagu.aku layan aje bila depa2 ni menyanyi..maklumlah suara aku tak lah sedap sangat..n lagu pun aku tak hafal.. so dalam kami 4 org ni aku dan eg lebih banyak diam bila menyanyi.. bio ke depa 2 orang tu je...heehhe
Dalam pada tu sempatlah jugak kami jalan-jalan ke Bukit Keluang, ke KB, Jerteh..cuma aku terkilannya aku tak kesempatan pergi ke Lata bersama diorang..ada aje halangan.. sebab halangan-halangan inilah mereka berkecil hati dengan aku.. terutamanya su dan eg.. din xde hal lah..sebab kami akan jumpe dalam bilik...dengan dinlah aku ambil tahu serba sedikit perihal adik-adik kami tu..maklumlah walaupun tak jumpe hati nak tau jugak kan...itulah persahabatan. tapi macam adik beradik..sebab mula-mula dulu kami bagi title mengikut umur masing2. din = abang long. aku = yang tengah, Eg = alang dan meksu yang bungsu..
walaupun hubungan kami dingin sekarang, aku masih berharap agar saat manis bersama dahulu tersemat diingatan..dan mungkin kami boleh akrap balik seperti dahulu..
p/s: Aku bangga mengenali kalian..TERIMA KASIH SAHABAT

No comments: